[Sedih] Kudung Tangan dan Kaki Masih Cekal ke Sekolah

Sedih melihat keupayaan adik Damia ini dalam meneruskan kehidupan tanpa kedua belah tangan. Namun amat membanggakan buat ibu dan ayahnya kerana semangatnya yang begitu untuk terus ke sekolah meskipun kurang keupayaan.. 
Kuala Berang – Biarpun terpaksa menulis menggunakan hanya dua jari kaki sambil berbaring di atas lantai beralaskan tikar, semangat kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU), Nur Damia Irsalina Daeng Malis, untuk menimba ilmu setanding rakan sebayanya yang normal tidak luntur.
Semangat tinggi Nur Damia Irsalina, 7, yang memasuki Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong (SKKT) di sini, dikesan ibu bapanya apabila dia mencuba-cuba pakaian sekolahnya dan berlatih menulis di rumah sebelum sesi persekolahan.
Nur Damia dari Kampung Lubuk Batu di sini, kudung dua tangan dan dua kaki. Hanya kaki kanan mempunyai tiga jari yang membolehkan kanak-kanak itu menulis dan melakukan aktiviti seharian.
Ketika ini, Nur Damia bergerak menggunakan kerusi roda elektronik dan dia dihantar ke sekolah oleh bapanya, Dr Daing Malis Abd Kahar, 43, dan ibu, Rosnaini Mohamad, 35, yang tidak pernah berputus asa memberi semangat dan sokongan kepadanya.
“Saya seronok masuk ke sekolah hari ini (semalam). Saya mahu belajar bersungguh-sungguh,” katanya yang menjadikan pakar motivasi terkenal dari Australia, Nick Vujicic, yang senasib dengannya sebagai idola.
“Sebagai ibu saya sangat gembira melihat semangat di rinya. Dia tidak pernah menjadikan kecacatan diri sebagai penghalang untuk menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain,” katanya.
Rosnaini yang kini sibuk mencari pembantu untuk menjaga anaknya di sekolah berkata, buat masa ini beliau berhenti kerja selama enam bulan, bagi memastikan anaknya itu dapat menjalani sesi pembelajaran dengan sempurna.
“Buat masa ini Nur Damia Irsalina menggunakan kerusi roda elektronik bagi memudahkan pergerakannya di sekolah. Pada hari pertama sekolah, saya lihat guru dan rakan sekelasnya banyak membantu,” katanya.- Beria Harian

1530437_609837032398850_1900218005_n

image.jpg.pagespeed.ce.wt3_PaGJSg

sf_dakcacat
p4 kak nik__c879962_131112_465

0 comments:

Post a Comment