[Semasa] Pelumba Negara Mohamed Izzat Hakim Meninggal Dunia

Kehilangan beliau amat dirasakan kerana bakat beliau bagai kan 1 dalam 1000. Semoga roh di berkati oleh Allah :)

Pelumba Negara Mohamed Izzat Hakim, 17
Negara Kehilangan Bakat Besar
Pelumba Negara Mohamed Izzat Hakim, 17, yang terlibat dalam kemalangan di SIC sabtu lepas telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi. Semoga Allahyarham di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman Alfatihah…
Mohamed Izzat Hakim adalah pelumba superbike telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 1 tengahari tadi di Hospital Kuala Lumpur.
Beliau berada di program Piala Ninja SIC tahun ini dan menyertai banyak perlumbaan sejak 2006.
Dalam insiden sabtu lepas, beliau melanggar Satish Suppiah selaku marsyal perlumbaan ketika dalam latihan.
ALFATIHAH…

[Semasa] Teguran Seorang Ustaz Kepada Isteri Mat Yo

Macam-macam sekarang nii, ingatkan artis jer ada kontrovesi. Pemain bola sepak pon dah ada kontrovesi. Kita jadi pemerhati je laa yer .. :D

PENDAKWAH Bebas Tuan Asmawi Tuan Umar hari ini menegur kelakuan Siti Aisya Adam,  isteri kepada pemain bolasepak kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang memaki seorang pengawal keselamatan 12 September lalu.

Dalam satu post di laman Facebook Tuan Asmawi Tuan Umar, beliau mengakui kasihan dan menyayat hati bila pengawal keselamatan itu Azman Mohd Nayan dimaki hamun oleh isteri Mat Yo dengan pelbagai kata cacian.


asmawi
“Memang kasihan dan menyayat hati.. Bayangkan Pakcik ini bapa kita, datuk kita, terlalu jauh dari batas pertimbangan kemanusiaan tentang apa yang berlaku.. Si pelaku keganasan (isteri Mat Yo) mungkin terlupa pakcik ini mempunyai lima orang anak, mungkin juga cucunya ada.
“Apakah pula perasaan isteri Pakcik ini dek suaminya dalam tempoh mencari rezeki diperlakukan sedemikian.’Takziah’ buat isterinya dan Mat Yo juga,” katanya.

Tuan Asmawi turut mengingatkan kepada orang ramai bahawa doa-doa orang yang dizalimi itu dimata manusia ia sekadar kata-kata tetapi tidak di pandangan Allah.
“Ingatlah saudara saudari sekalian, rintihan dan doa orang yang dizalimi itu di mata manusia ia sekadar kata-kata tetapi di pandangan Allah ia seperti halilintar yang menyabung,” katanya.



Baru-baru ini Siti Aisya dipercayai telah memuatnaik satu video beliau memaki hamun Pakcik Azman di terminal Subang Skypark, Subang selepas Pakcik Azman meminta dia mengalihkan kenderaan kerana sudah diletakkan di tempat yang tidak dibenarkan.
Video selama 55 saat itu menunjukkan isteri Mat Yo memaki pengawal keselamatan itu dengan kata-kata bodoh dan juga menggelarnya ‘jantan dayus’
Kami kemudiannya pergi menemui Pakcik Azman dan mendengar penjelasannya sendiri yang akhirnya meluahkan bahawa isteri Mat Yo turut menendangnya. – mynewshub.my
Fullscreen capture 25092013 63356 PM

[Islamik] RAHSIA BESAR MASJID NABAWI YANG DISEMBUNYIKAN



Bermacam-macam konspirasi yang dilakukan oleh musuh-musuh islam. Mari kita baca info ini dibawah semoga bermanfaat kepada semua orang :D



RAHSIA BESAR TANDA KEAGUNGAN MASJID NABI YANG DISEMBUNYIKAN | Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri.


Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?


Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-tempat suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam.

Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup sama sekali supaya tidak kelihatan, apakah rahsianya?

Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram Mekah, semuanya telah hancur menjadi debu. Mereka menganggap pembangunan yang tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan dan puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan dengan penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi penghayatan umat Islam yang kemudian.

Itulah harapan oleh ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap umat Islam akhir zaman, tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh kita umat Islam.

Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi oleh pihak berkuasa Saudi. (http://saudi-archaeology.com)

Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan Nabi s.a.w diabaikan.

Umat Islam lebih mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik mungkin tulisan-tulisan yang dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk mencari rahsia Piramid, padahal tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja Firaun yang di anggap tuhan oleh mereka seperti telah di terangkan dalam banyak ayat quran.

Amat hairan kenapa langkah yang sedemikian tidak diambil terhadap segala peninggalan Rasulullah bukan setakat tempat tinggal Rasulullah tetapi tempat baginda bertahajjud dalam masjid nabi pun disembunyikan.

Tulisan didinding timur makam dihapuskan. (Dalam petak merah)

Tulisan didinding sebelah dinding barat juga dihapuskan.

Tulisan khat asal telah ditutup dengan bingkai besi.

Tulisan asal sebelum diletakkan bingkai berada dibelakang tirai.

Kotak bertanda hijau dalam gambar di atas merupakan tempat yang paling disukai oleh baginda Nabi s.a.w mengerjakan solat tahajjud. Tetapi pihak berkuasa Saudi telah menutupnya Mehrab Tahajjud ini dengan rak-rak buku.

Timbul persoalan apakah tujuan menyembunyikan tempat yang mempunyai nilai yang tinggi untuk umat Islam dalam menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.

Mehrab Tahajjud ditutupi dengan rak buku. (http://www.islamiclandmarks.com)

Inilah Mehrab Tahajjud yang asal sebelum ditutup oleh pihak berkuasa Saudi.

[Artis] Fizo Impikan Perkahwinan Dekat Padang Bola

Pelik sikit Fizo kali nii. Die nak buat majlis perkahwinan die dekat padang bola. Itu perancangan jer kot. Kita tunggu dan lihat jer :D

Fizo Omar

Kebiasaannya ramai yang mengimpikan majlis perkahwinan mereka dibuat berkonsepkan ‘garden wedding’ yang dilihat lebih romantis buat para tetamu dan juga kedua mempelai pada hari berbahagia itu.

Namun perkara ini berlainan buat pelakon kelahiran Pasir Puteh, Kelantan, Fizo Omar yang mengimpikan majlis perkahwinannya dalam suasana di padang bola bagi menjemput peminat dan masyarakat sekitar negeri tersebut.

Dia juga mengatakan perkahwinannya perlu dihebahkan kepada orang ramai, jadi untuk tidak menghampakan peminatnya, dia mengharapkan impiannya itu dapat dicapai kelak.
“Buat masa ini saya sudah dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan hubungan saya dan dia (Mawar Abdul Karim) yang merupakan model dan anak pengusaha tudung berjenama Fareeda mendapat persetujuan ibu bapa kedua belah pihak,” katanya yang dipetik menerusi Sinar Harian.

Fizo juga mendedahkan dia bakal bertunang pada November ini dan mendirikan rumah tangga dalam tahun ini juga.
Semoga perkara yang direncana oleh Fizo dan keluarganya berjalan lancar dan dipermudahkan semuanya.
Oleh: AUDREY LEE

[Islamik] Tafsir mimpi ke mekah

Ramai orang bermimpi dan hampir kesemuanya bermimpi. Tapi yang bemimpi ke Mekah mesti ada yang istimewa, jadi kita lihat tafsiran itu disini.



* Mimpi melihat kota Makkah, bererti akan menziarahi Ka'bah.

* Mimpi pergi menuju Makkah untuk urusan perdagangan, bukan untuk menziarah ke sana, bererti amat berminat sekali dengan kesenangan diniawi, atau bererti bertambah rezeki dan kenikmatannya.

* Mimpi berada di jalan kota Makkah, bererti Allah S.W.T. memberi rezeki menunaikan haji.

* Mimpi berada di kota Makkah, tetapi dia sibuk dengan soal-soal ibadah serta tidak mempedulikan urusan-urusan duniawi, bererti memperoleh manfaat dalam urusan duniawi atau akhirat.

* Mimpi berada di kota Makkah, tetapi dia sibuk dengan kejahatan-kejahatan dan perbuatan yang buruk, bererti dia memperolehi sesuatu yang kurang menyenangkan.

* Menurut Ismail-As'as, mimpi melihat kota Makkah dalam keadaan makmur, banyak kenikmatan, bererti memperolehi kebaikan dan mendapat harta.

* Ada pendapat mengatakan bahawa sesiapa yang bermimpi berada di jalan kota Makkah, maka apabila dia sakit, bererti akan sembuh. Kadang-kala bererti sudah dekat ajalnya, isyaAllah.

* Mimpi berada di Tanah Haram kota Makkah, bererti aman dari segala keburukan dunia. Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Ankabut 29:67 :
Bermaksud:"Apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami menjadikan (negeri mereka) tanah suci yang aman, sedangkan manusia saling tangkap-menangkap di sekeliling mereka (berperang)."
Atau boleh juga bermaksud menunaikan haji.

* Mimpi melihat di Tanah Haram ada seorang raja yang adil, bererti kebaikannya terkenal, perbuatannya juga baik. Jika orang bermimpi ialah orang yang tidak baik, maka takwilnya juga tidak baik.

* Mimpi melihat Ka'bah, bererti melihat penguasa atau pegawai tinggi.

* Mimpi rumahnya menjadi Ka'bah, kemudian ramai orang-orang berziarah ke situ, bererti dia memegang kekuasaan tentang keperluan orang ramai, atau menjadi imam satu jemaah, atau dikurniai suatu kebaikan atau kenikmatan.

* Menurut Abdullah al-Karmani, mimpi melihat Ka'abah, bererti selamat, iman dan Islam. Jika yang bermimpi ialah orang sakit, bererti sembuh dan dikabulkan doanya.

* Mimpi wajahnya diusap dengan hajar aswad dan menciumnya, bererti bersahabat dengan para ahli ilmu dan memperolehi ilmu serta pelbagai faedah daripada mereka.

* Mimpi berada di makam Ibrahim, bererti pergi haji dan pulang dengan selamat.

* Mimpi melihat Kaabah tanpa diiringi ibadah haji atau amalpamal yang lain, bererti dia melecehkan agamanya.

[Artis] Kisah Sedih Jep Sepah sebelum popular sebagai pelawak

Bukan semua orang mempunyai pengalaman manis sebelum kecapi kejayaan. Begitu juga Jep Sepah yang ada cerita sendiri. 

Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak |  Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu.

Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak


Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.


Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.

Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.

“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep.

Dia yang ditemui wartawan kosmo sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.

“Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.

“Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”

Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.

“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.

“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.

Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.

“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.

“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.

Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.

Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.

“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat.

“Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep.

[Info] Hati-hati ketika membeli Galaxy S3

Lain kali jangan pakai bedal jer kalau nak beli sesuatu barang tuu. Periksa betul-betul dulu. Kan dah dapat Sansumgm bkn dpt Samsung.

Seorang lelaki telah membeli Samsung Galaxy S3 dan membawanya ke kedai servis Samsung kerana ianya tak boleh connect pada WiFi dan juga beberapa isu lain. Pekerja Samsung tidak dapat mambantu lelaki tersebut dan menyuruhnya untuk melihat dengan lebih teliti pada telefonnya itu. Cuba teka apa yang dia nampak?

#buta punya olang... terang2 kat depan dah tulis.. 










[Artis] Apakah Faktor Fiza Elite memilih Adam

Kalau dah jodoh tak akan kemana, akhirnya Fiza bertemu jodoh semula. Kali ini dengan pasangan yang cukup kacak iaitu Adam AF . Semoga mereka berbahagia :D

Fiza Abd Halim kini telah pun menemui peneman hidup dan bakal melangsungkan perkahwinannya dengan penyanyi Adam AF atau nama sebenarnya, Mohd Aizam Mat Saman, pada 26 September ini.
Menurut Fiza, dia tidak pernah menyangka bertemu jodoh dengan Adam kerana sebelum ini mereka hanya bertukar-tukar nombor sahaja.

“Sejujurnya, saya tidak percaya akan kahwin dengan Adam sebab sebelum ini pun kami hanya bertukar-tukar nombor dan bertanya khabar seperti rakan-rakan artis lain.

“Cuma baru-baru ini sahaja saya mula rapat sebab selalu menjayakan persembahan bersama dia. Semuanya belaku dengan pantas.” ujar pelakon berusia 32 tahun ini.

Tambah Fiza, apa yang membuatkan hatinya terbuka untuk menerima Adam adalah kerana penyanyi itu bijak mengambil hati anak-anaknya, Ferra Aryanna, 5, dan Feeya Adyrra, 4, yang memanggil penyanyi itu dengan panggilan Abie.

"Saya boleh terima Adam pun sebab anak-anak selesa dengan dia, itu faktor utamanya. Bagi saya, yang sudah pernah melalui kehidupan rumah tangga, harap kali ini akan berkekalan hingga akhir hayat. Mungkin ini takdir saya, sebab soal jodoh itu urusan Allah," katanya yang telah bercerai dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, pada 4 November 2010.

“Sebagai seorang yang pernah lalui kehidupan berumah tangga, saya harap perkahwinan ini akan berkekalan selamanya. Soal jodoh itu urusan tuhan dan mungkin ini adalah takdir saya.” ujar penyanyi bekas anggota kumpulan Elite ini.

Pasangan ini bakal bernikah di Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam pada 26 September ini , jam 10.00 pagi.

Selain itu, Fiza juga menyatakan majlis perkahwinan ini mungkin hanya akan dibuat di sebelah pihak Adam sahaja kerana pihaknya tidak bercadang untuk mengadakan majlis berkenaan setakat ini.

[Pelik] Kejadian Telur Berjambul

Memang pelik kejadian nii. Sedangkan PK sendiri pun baru pertama kali baca artikel nii. pelik pelik ..
Satu kejadian aneh ditemui yang mana seekor ayam telah bertelurkan sebiji telur yang mana mempunyai seakan-akan tanduk kecil di hujungnya. Telur ini ditemui di Daerah Galang, Tolitoli.
Pelik! Kejadian Telur Berjambul | Jika sebelum ini heboh diperkatakan, satu kejadian anehketika gerhana berlaku, yang mana beberapa biji telur dapat berdiri tegak (LINK). Namun kali lain pula, kerana terdapat yang istimewa dengan telur ayam yang satu ini. 
Di bahagian hujung telur pelik ini terdapat kulit yang menjulur seperti ekor ayam. Telur yang dimiliki Saleh Lasing, penduduk Daerah Galang, Tolitoli itu kini menjadi perhatian penduduk sekeliling.


Sejak telur itu keluar dari ibu ayam kampung, penduduk sekitar tidak henti-henti menziarahi rumahnya untuk melihat secara langsung keanehan telur berwarna coklat keputihan tersebut. Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan foto kenangan bersama telur pelik tersebut.
Saleh menceritakan, ketika hendak melaksanakan solat Maghrib, dia dikejutkan dengan suara ayam berkokok dalam bilik tidurnya.
Setelah diperhatikan, Saleh ternyata terkejut dan mendapati sudah ada seekor ayam di atas tempat tidurnya. Tidak lama kemudian Saleh melihat ayam tersebut mengeluarkan beberapa biji telur ayam. Namun salah satunya ternyata berbeza dibandingkan yang lain. Telur ayam itu mempunyai ekor di ujungnya.
Kerana dianggap unik, bapa kepada dua orang anak ini menyimpan telur pelik tersebut dalam bekas untuk dijadikan pameran dalam rumahnya. Saleh tidak berniat untuk menjual telur pelik ini meskipun banyak yang sudah menawarnya dengan harga yang tidak diberitahu.

[Lawak] Kisah Gua Ajaib

Kisah lawak ini hanyalah gurauan semata dan tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia :D

Dua anak beranak yang tidak pernah pergi ke Kuala Lumpur dan mana-mana pekan atau bandar telah menemui gua ajaib yang dapat mengubah fizikal orang yang memasukinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Kisah Gua Ajaib (Lawak!) | Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall. Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung… Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia….

Gambar hiasan gua ajaib
“Pak, itu amenda pak?” Bapak di jawab,” Entah lah nak….bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh….”
Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi kedinding dan menekan butang lif tersebut…..lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup…..tidak lama kemudian lif terbuka…TINGGGG!!!!! keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN…lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah…
“NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI, KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH….CEPAT!!!
Anda faham tak lawak ni ? hehehe

[Lawak] Akibat Suka Menyampuk

Lain kali kalau pembaca blog PK duduk dalam tandas jangan buat perangai macam mamat kat bawah nii tau. kan tak pasal-pasal kene tepek. HAHA

Satu hari ketika sedang berada dalam tandas melepaskan hajatnya di KLCC, orang sebelah Jepp asyik bertanya kepada Jepp dan Jepp pun menjawabnya walaupun tidak suka.
Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, Jepp singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu untuk Jepp beli. Ketika Jepp sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut Jepp terasa memulas. Apalagi Jepp pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas Jepp tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi Jepp pegi yang disebelahnya. Baru saja Jepp duduk, Jepp terdengar orang dari sebelah bersuara,
“Haa, camna sekarang ?”
Jepp pun bukan suka nak berbual dengan orang yang Jepp tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya Jepp balas juga, “Ok gak ler”. Kemudian suara tu bertanya lagi,
“Kau nak gi mana ni??”
Iskk… Jepp mula rasa musykil… tapi Jepp balas juga, “Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit”
Lepas suara tu bertanya lagi, “Bila kau nak gerak ni??”. Jepp selamba jer kata, “Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la”.
Kemudian Jepp terdengar lagi suara org sebelah tu berkata “Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!
P/S: Jangan menyampuk masa orang bercakap. Satu lagi adap dalam tandas, jangan berbual-bual atau cuba untuk memulakan perbualan.

[Islamik] Hukum Tidur Tanpa Ada Seurat Benang

Ada tak diantara pembaca blog PK nii yang tidur macam nii. Yang suka tidue tanpa sehelai benang ? kalau ada boleh laa baca info ini :)


Soalan :
Assalammualaikum ust dan ustz,sya ingin bertanyakan hukum sekiranya saya dan isteri saya tidur dlm keadaan berbogel dlm bilik sewaktu tidur malam?tanpa ada alasan untuk kami melakukan sedemikian,maaf atas kejahilan,saya baru mahu mendalami hukum agama.
Gambar Hiasan






Jawapan :
Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Anda dan isteri diharuskan berbuat demikian dengan syarat tidak ada orang yang boleh melihatnya.
Walau bagaimanapun, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ada bersabda, maksudnya:
diriwayatkan oleh Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya, maksudnya:
“Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! (Kepada siapakah) dari ‘aurat kami boleh kami perlihatkan dan (kepada siapa) kami hindarkan?”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Peliharalah ‘aurat kamu melainkan dari isteri kamu atau hamba sahaya perempuan kamu.”
Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana pula jika ada orang-orang berhimpun sebahagiannya dengan sebahagian yang lain?”
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Jika kamu berupaya (membuat) seseorang tidak akan melihat ‘aurat kamu, maka janganlah orang itu melihatnya.”
Dia berkata: “Saya bertanya: “Bagaimana pula jika seseorang itu bersendirian?”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Allah itu lebih berhak untuk dirasa malu daripada manusia.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

[Lawak] Akibat Kata-Kata Dr Fadhilah Kamcah

Ini hanya lawak semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. 

Dr Fadhilah Kamcah berkata: “Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku.”
Hadirin terkejut dan terpaku…
Ia kemudian menambah , “Ia adalah ibuku.”
Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.
Jepp yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan istrinya di dapur,
“Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istriku.”
Jepp berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator… Ketika Jepp membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas…

Obama Terlepas Cakap Dalam Mikrofon Yang Dia Takut Isteri

Perkara ini tidak dapat disahkan kebenarannya. Sila buat rujukan lebih lanjut untuk mengetahui maklumat yang lebih tepat :D





WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama berkata, beliau berhenti merokok kerana takut kepada isterinya.
Pengakuan itu dibuat setelah perbualan beliau dengan seorang lelaki tertangkap secara tidak sengaja pada mikrofon di Perhimpunan Agung Tahunan PBB.
Pemimpin AS itu mengambil bahagian dalam satu Perhimpunan Agung PBB yang diadakan setiap tahun bagi membincangkan kepentingan masyarakat umum.
Dalam satu rakaman oleh CNN, Obama berdiri di sebelah seorang lelaki dan bertanya kepada lelaki itu sama ada dia sudah berhenti merokok atau sebaliknya.


Namun setelah soalan sama diajukan oleh lelaki berkenaan kepada beliau, secara spontan beliau menjawab sambil tersenyum, “saya sudah enam tahun tidak merokok kerana takut kepada isteri saya”.
Perbualan itu pula secara tidak sengaja tertangkap pada mikrofon yang ada berhampiran tempat beliau dan lelaki itu berdiri.
Obama digambarkan sebagai seorang perokok semasa di zaman remajanya dalam satu memoir zaman remajanya berjudul “Dreams From My Father”.
Namun tabiat merokok dan usaha beliau berhenti merokok menjadi salah satu topik hangat dalam media di AS ketika beliau memulakan kempen pilihan raya untuk White House pada tahun 2008.
Pada tahun pertamanya di White House, beliau mengakui telah berjaya mengurangkan tabiat merokok sebanyak 95 peratus, namun beliau mengakui adakalanya ‘terbabas’ juga dalam usahanya untuk menghentikan tabiat buruk itu.

[Artis] Kisah Tegar, Dari Pengemis Jalanan Menjadi Artis Popular

Kisah ringkas tentang seorang kanak-kanak yang bernasib baik dan dapat mengubah kehidupan. Rezeki itu rahsia Allah, jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah s.w.t :D




SIAPA sangka dahulunya seorang Pengemis Jalanan kini sudah menjadi artis yang popular oleh kerana bakat yang ada pada dirinya. Dulunya tiada siapa yang memandang insan kerdil bernama Tegar yang dulunya berhempas pulas mengemis di Indonesia untuk mencari wang bagi menyara dirinya. 

SC masih ingat bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh Tegar yang bunyinya lebih kurang begini "dulu aku ditendang, sekarang aku disayang" benar-benar mengisahkan kehidupan beliau di masa yang lalu yang penuh dengan keperitan dan juga penderitaan untuk mencari sesuap nasi. 

Namun siapa sangka, pengemis jalanan ini mulai dikenali ramai apabila rakaman aksi beliau menyanyikan lagu sambil bermain gitar di muat naik dan ditayangkan di laman sesawang Youtube. Semakin hari semakin ramai yang menonton video beliau beraksi. 

Berkat kesabaran Tegar, kini beliau sudah menjadi popular malah sudah menjadi ikon bukan sahaja di kalangan kanak-kanak di indonesia tetapi juga orang dewasa di Indonesia malah pengaruh beliau sudah mula tersebar dan memasuki dunia kanak-kanak dan dewasa di Malaysia.

Ini adalah semua kerana hasil usaha gigih beliau selama ini yang tak pernah berputus asa berusaha dan terus berusaha sehinggalah bergelar artis popular. Malah, beliau sendiri sudah acap kali berduet dengan nama-nama besar dunia muzik Indonesia.

[Info] Apakah fungsi lubang-lubang kecil pada biskut

Pernah tak korang terfikir kenapa ada lubang-lubang kecil pada biskut yang korang makan. Paling obvious ialah pada biskut tawar. Almost semua biskut tawar akan mempunyai lubang-lubang kecil pada permukaannya. Itu bukan hiasan atau suka-suka. Tapi ada fungsinya.. Nak tau? Baca kat bawah..




Pencarian hari ini menunjukkan bahawa biskut-biskut ini dibuat berlubang bukanlah kerana suka-suka. Namun ianya adalah kerana untuk memastikan biskut-biskut ini masak secara rata. Kalau diikutkan, biskut ini akan mengeluarkan wap/ haba. Tanpa lubang-lubang ini, biskut akan mengelembung dan membuatkan biskut kelihatan buruk. Selain itu, dengan lubang-lubang ini, biskut akan lebih rangup.

Kalau lubang-lubang biskut ini dibuat terlalu dekat menyebabkan biskut akan menjadi sangat keras dan kering kerana terlalau banyak wap yang keluar. Kalau terlalu jauh, gelembung yang hodoh akan muncul.