[Isu Semasa] Lelaki Penyelamat Anjing Rela Disaman PBT

Bagaimanapun, Majlis Daerah Padang Terap pula memaklumkan kepadanya bahawa pondok sementara bagi menempatkan binatang peliharaannya itu tidak boleh dipindahkan ke kawasan pilihan mereka di situ kerana bantahan penduduk setempat.

Lelaki Penyelamat Anjing Rela Disaman PBT


WALAUPUN diarahkan mengosongkan premis mereka, seorang lelaki yang menyelamat ratusan anjing terbiar mencabar pihak berkuasa tempatan (PBT) menyamannya sekiranya mereka tidak menyukai apa yang dilakukannya.

Muhammad Azmi Ismail berkata beliau tidak mahu mencari masalah dengan sesiapa dan mempersoalkan sama ada tindakannya membela ratusan anjing di Kedah telah melanggar undang-undang.
Beliau yang mesra dipanggil Pak Mie berkata Majlis Bandaraya Alor Setar mengarahkan beliau mengosongkan premis itu pada 19 September ini.
Bagaimanapun, Majlis Daerah Padang Terap pula memaklumkan kepadanya bahawa pondok sementara bagi menempatkan binatang peliharaannya itu tidak boleh dipindahkan ke kawasan pilihan mereka di situ kerana bantahan penduduk setempat.
Walaupun kini beliau tidak tahu ke mana lagi mahu berpindah, Pak Mie berkata beliau tidak akan sekali-kali mengabaikan anjing-anjingnya.

0 comments:

Post a Comment