[Artis] Apakah Faktor Fiza Elite memilih Adam

Kalau dah jodoh tak akan kemana, akhirnya Fiza bertemu jodoh semula. Kali ini dengan pasangan yang cukup kacak iaitu Adam AF . Semoga mereka berbahagia :D

Fiza Abd Halim kini telah pun menemui peneman hidup dan bakal melangsungkan perkahwinannya dengan penyanyi Adam AF atau nama sebenarnya, Mohd Aizam Mat Saman, pada 26 September ini.

Menurut Fiza, dia tidak pernah menyangka bertemu jodoh dengan Adam kerana sebelum ini mereka hanya bertukar-tukar nombor sahaja.

“Sejujurnya, saya tidak percaya akan kahwin dengan Adam sebab sebelum ini pun kami hanya bertukar-tukar nombor dan bertanya khabar seperti rakan-rakan artis lain.

“Cuma baru-baru ini sahaja saya mula rapat sebab selalu menjayakan persembahan bersama dia. Semuanya belaku dengan pantas.” ujar pelakon berusia 32 tahun ini.

Tambah Fiza, apa yang membuatkan hatinya terbuka untuk menerima Adam adalah kerana penyanyi itu bijak mengambil hati anak-anaknya, Ferra Aryanna, 5, dan Feeya Adyrra, 4, yang memanggil penyanyi itu dengan panggilan Abie.

"Saya boleh terima Adam pun sebab anak-anak selesa dengan dia, itu faktor utamanya. Bagi saya, yang sudah pernah melalui kehidupan rumah tangga, harap kali ini akan berkekalan hingga akhir hayat. Mungkin ini takdir saya, sebab soal jodoh itu urusan Allah," katanya yang telah bercerai dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, pada 4 November 2010.

“Sebagai seorang yang pernah lalui kehidupan berumah tangga, saya harap perkahwinan ini akan berkekalan selamanya. Soal jodoh itu urusan tuhan dan mungkin ini adalah takdir saya.” ujar penyanyi bekas anggota kumpulan Elite ini.

Pasangan ini bakal bernikah di Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam pada 26 September ini , jam 10.00 pagi.

Selain itu, Fiza juga menyatakan majlis perkahwinan ini mungkin hanya akan dibuat di sebelah pihak Adam sahaja kerana pihaknya tidak bercadang untuk mengadakan majlis berkenaan setakat ini.

0 comments:

Post a Comment