[Lawak] Menyamar Jadi Polis Demi Permainan Video GTA 5

GTA

Sesetengah orang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai apa yang mereka mahukan biarpun ia hanya sekadar sejenis permainan video.
Lebih-lebih lagi ia melibatkan permainan video paling terkenal iaitu Grand Theft Auto (GTA) 5 yang menjadi kegilaan di seluruh dunia.

Dua orang remaja dan seorang lelaki dewasa di Pulau Staten, New York sanggup menyamar sebagai anggota polis hanya kerana mahu memotong barisan panjang menunggu giliran untuk membeli permainan video itu yang diterbitkan oleh Rockstar Games.


Kirolos Abdel Sayed dan Frank Santanastaso yang kedua-dua berusia 19 tahun bersama Matthew Kirsheh, 20 tahun melakukan penyamaran dan kemudian menolak orang ramai untuk berada di hadapan sekali dalam barisan orang ramai itu.
Menurut sumber polis, Abdel Sayed menunjukkan lambang polis palsu sebelum memberitahu orang ramai di Pusat Membeli-Belah Staten Island Mall.
“Saya dari Jabatan Polis New York (NYPD),” katanya.

Gandingan bertiga itu turut menggunakan sebuah kereta polis yang tidak lagi digunakan yang dibeli di sebuah lelongan lengkap dengan lampu dan siren bagi meyakinkan orang ramai.
Menurut laporan New York Post, mereka kemudiannya ditahan polis kerana dilihat tidak mematuhi papan tanda lalulintas.

Sementara itu, di London seorang peminat GTA diserang dengan batu bata dan dipukul sebaik sahaja membeli permainan berkenaan pada Rabu lepas.
GTA 5 kini menjadi produk permainan video paling laris di dunia selepas terjual lebih daripada 624 Juta Pound dalam masa hanya tiga hari.

0 comments:

Post a Comment