Ketepikan dulu fahaman politik masing-masing .. mari kita lihat dan beri pendapat tentang seorang menteri ini yang bg PK sangat sporting.
Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Ahli Parlimen Rembau, Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional dilihat mempunyai cara tersendiri untuk mendekati masyarakat khususnya belia.
Antara yang boleh dikatakan satu tindakan bijak dan menarik, apabila Khairy muncul di stesen radio popular berbahasa Melayu, Era Fm pada 20 September lalu.
Muncul sebagai tetamu bagi segmen pagi yang dikendalikan oleh Johan, Hanif dan Ray; Khairy berjaya mengikut rentak segmen tersebut dan menghiburkan pendengar.
Buktinya dapat dilihat daripada rata-rata komen di laman Facebook milik beliau yang memujinya sebagai menteri yang sporting dan menghiburkan.
Dalam segmen pada pagi tersebut, Khairy mengikut rentak juruhebah bertugas yang santai dan kelihatan tidak kekok berlawak meskipun Johan, Hanif dan Ray dapat dihidu agak gementar menerima kedatangannya di awal program.
Tidak mengambil masa yang lama, Khairy berjaya ‘blend’ dengan ketiga-tiga mereka apabila turut berlawak termasuk menyanyikan sedikit rangkap lagu ‘Rembau Most Wanted’.
Beliau juga mencetuskan tawa pendengar apabila meminta pendapat juruhebah tentang harapan mereka kepada sukan negara namun belum sempat jawapan habis diberikan, Khairy berkata, “tapi ringkas la… jangan bagi ceramah”.
Paling tidak dapat dilupakan apabila Khairy menyertai segmen Mak Jemah yang dikelolakan Johan. Apabila diusik secara berlebihan oleh Mak Jemah yang meminta beliau menyambung ayat cinta, Khairy dengan tegas menjawab, ‘aku nak muntah!’
Satu jawapan yang kelakar, pada masa sama berjaya mengawal keadaan sesuai dengan statusnya sebagai menteri. Tahniah YB! – REM RAMZY
0 comments:
Post a Comment