Pengarah kelahiran Kuching, Sarawak, James Wan yang sebelum ini mengarahkan filem seram 'The Conjuring' sekali lagi bakal duduk di kerusi pengarah untuk siri ketujuh filem 'Fast & Furious 7'. 
 
Selain 'The Conjuring', James pernah mengarahkan filem lain seperti filem 'Saw', 'Dead Silence', 'Death Sentence', 'Insidious' dan banyak lagi. 
 
'Fast & Furious 7' masih mengekalkan pelakon asalnya seperti Vin Diesel, Paul Walker dan Michelle Rodriguez. Malah turut terlibat dalam kisah kali ini adalah pelakon Kurt Russel, Jason Statham dan Ronda Rousey. 
 
Filem ini dijangka akan memulakan penggambaran di Louisiana pada penghunjung tahun ini dan bakal ditayangkan pada Julai 2014.