Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Apa Yang Anda Tak Tahu Tentang Seorang Ayah

Apa Yang Anda Tak Tahu Tentang Seorang Ayah | Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

 
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak “sudah diberitahu! jangan minum ais!”.Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata “tidak boleh!”..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya…Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa “Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya”..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.

[Info] Petua Menjaga Alat Sulit Wanita

Jangan terkejut jika saya katakan kebanyakkan wanita mengalami masalah jangkitan di bahagian intim mereka. malah ada yang tidak menyedari bahawa mereka terlah dijangkiti. Jika tidak dicegah dan dirawat boleh menyebabkan penyakit yang lebih serius malah akan menyebabkan hubungan suami isteri semakin renggang.

Alat sulit wanita merupakan kawasan anggota badan yang paling sensitif dan memerlukan penjagaan yang baik. Ada wanita yang kurang mengambil berat mengenai kebersihan alat sulit  mereka dan boleh menyebabkan risiko terkena pelbagai penyakit.

Oleh sebab itu, anda perlu membaca dan mengetahui tips-tips menjaga dan merawat alat sulit wanita agar sentiasa terpelihara dan bersih .


1. Biasakan untuk membilas alat sulit anda setiap kali selesai buang air kencing atau air besar, harus membilasnya sampai bersih, iaitu dengan membasuh menggunakan air bersih dari arah depan ke belakang setiap kali selesai buang air kecil atau buang air besar. Kemudian basuh dengan tisu sekali usap sebelum memakai seluar dalam. Kerana jika sekitar organ dibiarkan lembab, maka kulat dan bakteria akan mudah merebak.

2. Perhatikan jenis kertas tisu yang digunakan untuk membersihkan kawasan kemaluan. Lendir dan air memang terserap dengan baik oleh tisu. Namun tisu yang digunakan ada juga yang mudah tercemar oleh kuman dan bakteria yang merupakan penyebab jangkitan. Kita tidak mahu ini terjadi ya para wanita!

3. Gantilah seluar dalam paling tidak pun dua kali dalam sehari.Pastikan memilih seluar dalam yang mudah menyerap peluh yang diperbuat daripada kapas.

4. Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat. Seluar dalam yang terlalu ketat akan menekan otot faraj dan membuat kawasan kemaluan menjadi lebih lembap, misalnya seluar jeans, dan memberi peluang bakteria tumbuh subur di kawasan tersebut.

5. Elakkan penggunaan pantyliner beraroma (minyak wangi) atau secara terus menerus setiap hari kerana boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Pantyliner hanya digunakan bila anda mengalami keputihan saja ya.

6. Gunakan pad/tuala wanita dengan permukaan yang lembut dan kering sehingga tidak menimbulkan iritasi ketika anda datang haid. Selain itu gantilah pad sekerap mungkin sekurang-kurangnya 5-6 jam sekali. Darah yang tertampung pada pad boleh menjadi medium tumbuhnya kuman penyebab jangkitan.

7. Elakkan penggunaan cecair khusus pembersihan organ intim secara rutin kerana akan mengganggu keseimbangan flora dalam faraj. Bila terlalu sering dipakai, justru akan membunuh bakteria baik dalam faraj, yang selanjutnya akan mencetuskan tumbuhnya cendawan. Akibatnya, muncul gatal-gatal di kawasan organ intim.

8. Elakkan hubungan seksual semasa anda dalam haid. Kerana  apabila menstruasi , dinding rahim cenderung lebih sensitif sehingga boleh menyebabkan luka.

9. Elakkan stres berlebihan dan beralihlah ke gaya hidup aktif dengan teratur bersenam dan pengambilan makanan seimbang.

[Info] Tips Mengatasi Muntah dan Loya Ketika Hamil

Tips untuk wanita yang sedang hamil khususnya yang mengalami masalah muntah dan loya. Saya akui perkara ini sedikit sebanyak mengganggu aktiviti harian para isteri hamil sama ada suri rumah mahupun bekerja. Sedikit info yang saya kongsikan ini diharap dapat membantu.

Mual dan muntah atau morning sickness pada kehamilan memang wajar. Namun jika disertai dengan muntah yang hebat hingga lemas atau yang disebut hyperemesis gravidarum hingga menyebabkan dehidrasi, harus segera diatasi karena berbahaya bagikesehatan ibu dan janin. 

Tips mengatasi muntah berlebihan:

  • Konsumsi makanan yang kering, seperti crackers, puding, roti bakar tanpa selai, dan lauk pauk yang kering, seperti ayam goreng, empal daging, dan ikan goreng.
  • Tekanan darah yang menurun pada ibuhamil yang menderita hyperemesis gravidarum mengakibatkan pusing saat bangun tidur. Untuk mengurangi pusing ketika bangun tidur sebaiknya jangan langsung berdiri. Miring kekiri atau kekanan sesaat setelah mata lalu duduk perlahan. Setelah Anda merasa nyaman dan tidak pusing barulah Anda dapat berdiri.
  • Minum satu gelas air hangat setelah bangun tidur.
  • Jadikan buah dan sayur-sayuran sebagai camilan atau snack, sebab buah dan sayur tidak mengandung lemak dan dapat melancarkan pencernaan.
Susu dan vitamin:
  • Rasa mual dan muntah selama kehamilan dapat dikurangi dengan konsumsi vitamin B6. Dokter kandungan Anda biasanya akan  menyarankan  seberapa banyak vitamin B6 yang harus dikonsumsi ketika mual dan muntah berlebihan.
  • Bagaimana dengan susu khusus untuk ibuhamil yang menderita mual dan muntah berlebihan? Pada dasarnya susu diperlukan ibuhamil untuk menambah asupan kalori. Beberapa produsen susu ibuhamil memiliki susu ibuhamil khusus untuk penderita mual dan muntah berlebihan. Perbedaan dengan susu ibuhamil biasa hanya terletak pada kandungan vitamin B6 dan protein yang dapat mengurangi rasa mual, sedangkan nilai kalorinya sama, yaitu rata-rata 200 kalori setiap gelasnya. (me)

[Info] 13 Tips Perkahwinan Dari Ustaz Azhar Idrus

Saya pasti pasangan-pasangan yang hendak berkahwin pasti mengimpikan perkahwinan yang bahagia dan berkekalan ke akhir hayat mereka. Namun sudah cukupkah tips dan ilmu tentang perkahwinan yang anda tahu untuk memastikan kebahagiaan rumah tangga anda berkekalan? 

1. KETIKA MENCARI CALON
 - Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita. (Kata Mama: bukan semua suami yg baik boleh jadi ayah yg baik kan..)


2. KETIKA MELAMAR
- Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.(Kata Mama: betul..yg tentukan jodoh adalah Dia)


3. KETIKA AKAD NIKAH
- Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.(Kata Mama: saksi yg 4 org tu pun manusia juga..akan pergi tinggalkan dunia..tp bersaksikan Allah, Dia kekal selamanya)


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
- Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.(Kata Mama: kalau diingat2 balik, bila kita nak melalui fasa baru dlm hidup, kita sendiri akan meminta sahabat handai kita "doa-doakan aku yer", betul tak?)


5. KETIKA MALAM PERTAMA
- Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.(Kata Mama: Senyum tak perlu kata apa-apa)


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
- Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri. (Kata Mama: Absolutely!)


7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
- Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya sebaliknya semakin erat berpegang tangan.(Kata Mama: Kesilapan yg selalu berlaku, bila dah emo bercampur lagi dgn ego, tak siapa pun nak merendah hati utk mengalah..maka yg renggang akan semakin jauh..huhuhu)


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
- Cintailah isteri atau suami anda 100% (Kata Mama:sebelum busy fikirkan anak, manfaatkan masa yg ada utk kenal & fahami pasangan kita)


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
- Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.(Kata Mama: Insyaallah..what u give, u get back!)


10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
- Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.(Kata Mama: Sikit atau banyak rezeki, kita terima dgn redha, Insyaallah Allah pasti bukakan pintu rezeki yg lebih luas utk kita kan..Redha pasangan kita mencari rezeki yg halal, Insyaallah berkat rezekinya.)


11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
- Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita. (Kata Mama: ini pun kita selalu lupa..)


12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
- Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda. (Kata Mama: makan berjemaah, buat kerja rumah pun kenalah berjemaah juga kan :))


13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
- Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan. (Kata Mama: Kembali kpd fitrah..walau siapa kita di mata masyarakat, di rumah kita kekal sebagai isteri & ibu)

[Info] Khasiat Air Mani Untuk Wanita

Info buat pasangan yang telah berkahwin sahaja.. Pasti ramai yang nak tahu apa khasiat air mani lelaki kepada wanita kan? Pasti ramai juga yang tidak menyangka terhadap khasiat air mani ini sebenarnya.

Rasanya bukan aku seorang saja yang bertanya diri sendiri kenapa orang lelaki bila dia dah berkahwin perutnya akan buncit. Selalu juga aku dengar orang cakap macam ni, “Sekarang ni kurus. Dah kawen nanti mesti gemuk.”

Walaupun istilah gemuk dan buncit itu tak sama, tapi dalam konteks ini ianya membawa maksud yang serupa, iaitu perut naik. Tapi… kenapa ye? – Aku bukan kurus wei, cuma tak gemuk je haha.

Persoalan itu terjawab akhirnya selepas aku baca satu artikel dalam Majalah Maskulin baru-baru ini. Jadi rasanya elok juga berkongsi dengan rakan² info pasal ni. Artikel yang anda akan baca nanti mungkin ada yang mencelarukan perasaan. Mungkin rangsangan dirinya sedikit terganggu. Tapi ketahuilah, aku tiada niat untuk berkata lucah ke apa kat sini.

Anggaplah ianya satu info yang patut diberi perhatian bagi anda yang bergelar lelaki terutamanya. Perempuan pun sama juga. Takkanlah suami nak isterinya slim anggun menawan tapi perut suaminya boroi ke depan sampai nak tengok kaki sendiri pun tak nampak hehe. Sama²lah berusaha supaya dua² maintain slim dan bergaya.

Menurut artikel dalam kolum Info Seks majalah tersebut, lelaki yang dah berkahwin ni senang buncit disebabkan faktor kelamin sebenarnya. Orang perempuan pula perut buncit kerana kena ‘buatan orang’ hehe. Gurau². Ok. Selalu juga kita dengar lelaki yang dah berkahwin ni perut buncit sebab ada orang jaga makan minum dia. Entahlah boleh diterima ke tak. Ianya sekadar agak² orang, bukannya fakta pun. Ini faktanya yang perlu kita tahu.

Kita sambung lagi.

Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Ooo…

Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula akan mula mengecut. Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan. Kasihan ‘dia’.

Khasiat Air Mani Untuk Wanita

Ada khasiat rupanya. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.

Ooo patutlah wanita yang dah berkahwin ni nampak lebih gebu. Tapi rasanya awal² kahwin je kot. Dah beranak 3, mulalah kulit berlipat². Kena sama² pandai jaga badan lepas kahwin, ok?
Khasiat lain sperma untuk wanita:

* Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.

* Mengurangkan jerawat.

* Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta² hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.

Edah dan Air Mani

Dalam Islam, tempoh edah diberi kepada isteri yang baru bercerai adalah untuk menghilangkan air mani bekas suami yang masih berada dalam tubuh badan isteri, supaya tak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus melakukan hubungan seks dengan suami baru.

Ada logiknya juga. Setiap hukum dan ketentuan dalam Islam mesti mempunyai sebab yang tertentu sama ada kita tahu atau tidak. Tak perlulah buah tafsiran atau tohmahan terhadap agama sendiri hingga terjadinya murtad. Kajilah dulu kalau boleh. Memang diyakini Islam itu benar.

Itulah saja info yang baru aku dapat. Lelaki buncit lepas kahwin ni kadang² orang cakap sebab hati senang. Mungkin satu faktor lagi kot yang menyumbang. Ada orang suka lelaki berperut buncit, lagi² bila dah jadi ayah. Boleh anak² belajar mendaki ‘bukit’ hehe. Terpulanglah.

Fakta Mengenai Air Mani:

1. Air mani boleh menyebabkan alergik

Ada beberapa wanita yang alergi terhadap air mani. ini disebut hipersensitivitas plasma mani manusia (seminal plasma hypersensitivity). Gejala ini bergantung pada jumlah air mani yang masuk ke tubuh.

Gejala seperti gatal, kemerahan, lepuh, bahkan kadang-kadang menyebabkan susah bernafas.

2. Air mani adalah sumber tenaga

Air mani telah dikaitkan dalam pengubatan Cina dan teori Chi Kung.

Menurut teori Chi Kung, energi dari tubuh ditransfer ke organ seksual selama ghairah seksual. Teori ini menunjukkan setelah keluar air mani, energi tertentu dari tubuh manusia juga sedang dirembes.

Hal ini menjelaskan mengapa orang merasa lemah setelah melepaskan sperma.

3. Rasa air mani berpunca dari makanan yang dimakan lelaki

Menurut Bodansky dalam bukunya yang berjudul To Bed or Not to Bed (2005), beberapa wanita menyukai rasa air mani tapi yang lain tidak demikian. Sebagai contoh, kafein dan daging merah membuat rasa air mani masam atau pahit.

4. Air mani sebagai ubat anti depresi (stress) wanita

Air mani mengandungi beberapa hormon yang mengubah suasana hati, seperti testosteron, estrogen, hormon perangsang folikel, hormon luteinizing, prolaktin dan beberapa prostaglandin yang berlainan. Dan memberi kesan dalam darah wanita sejam setelah terkena air mani.

5. Air mani adalah sejenis nutrisi

Johnson dan Everitt dalam bukunya Essential Reproduction (2000) mengatakan air mani mengandungi gizi yang tinggi.

Dalam ejakulasi khas (kira-kira satu sudu teh), air mani sudah mengandung 150 mg protein, 11 mg karbohidrat, 6 mg lemak, 3 mg kolesterol, 7 percent US AKG kalium, tembaga dan seng.

6. Air mani tidak akan habis

Lelaki hanya memerlukan waktu 15 minit untuk menambah jumlah air mani setelah ejakulasi.

[ Info ] Bahaya Online Melebihi 5 Jam

Mungkin ramai tidak sedar melayari onternet secara berlebihan sebenarnya sangat merbahaya terhadap manusia yang boleh menyebabkan penyakit berisiko tinggi seperti jantung , kanser malah lebih lagi. Namun tahukah kita mengapa dan bagaimana kita boleh mendapat penyakit berisiko ini? 

Komputer atau laptop merupakan salah satu gadjet terkini yang menjadi pilihan manusia. Baik untuk menyiapkan kerja atau tugasan, melayari internet dan juga bermain game. Dan yang terbaru, satu kajian telah dibuat dan didapati seseorang yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan menghadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka mati lebih awal.Walaupun bunyinya macam khabar angin yang entah betul entah tidak tetapi apa yang pasti, punca utamanya ialah posisi duduk sewaktu kita menghadap komputer, terutamanya duduk bersandar. Ia merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer, bermain game, ataupun ketika menonton televisyen.

computer 201x300 Bahaya Menghadap Komputer Lebih Dari 5jam Sehari!

Kajian ini telah dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Beliau melakukan penelitian terhadap lebih daripada 4500 orang  yang berusia 35 tahun ke atas dan hasil kajian itu telah  diterbitkankan di Journal of the American College of Cardiology. Kajian ini menambah bukti-bukti yang terus terkumpul berkaitan risiko dan bahaya duduk dalam jangka masa yang lama.

Seperti yang di siarkan dalam Examiner pada 20 April 2011, Stamatakis berkata,

    �Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4jam berturut-turut sehari didepan komputer/televisyen memiliki peluang 125%  lebih tinggi mati akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2jam di depan komputer/televisyen,�

Kajian juga telah mendapati posisi duduk menyebabkan penurunan 90%  lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang  juga menjadi salah satu punca masalah kesihatan.

Stamatakis telah mencadangkan penyelesaian bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari,

    �Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama�.

Memang sukar untuk kita mengelak daripada menghadap komputer/laptop, malah ada yang menghadap komputer dan laptop berbelas belas jam dalam sehari. Jadi untuk mengelakkan sebarang kemungkinan seperti yang dinyatakan dalam kajian tersebut bolehlah menggunakan penyelesaian yang telah dicadangkan.-selangor2u.com

[Info] Bahaya Panadol Actifast dan Soluble

panadol-soluble
Mengapa tidak boleh ambil Panadol Actifast atau Soluble lagi? Ini adalah satu kisah dan kajian yang dilakukan, ikuti lanjut informasi ini di bawah.
UNTUK PENGETAHUAN,
ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.
Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Bahaya Guna Semula Minyak Masak Terpakai

Amin pasti ramai yang tidak tahu apakah keburukan menggunakan minyak masak berulang kali. Sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika diambil ringan masalah ini. Nak tahu apakah bahayanya? 


Amalan menggunakan semula minyak masak terpakai sudah menjadi amalan biasa kerana ia lebih menjimatkan. Tapi tahukah anda, tanpa cara dan tips yang betul, amalan ini boleh menyebabkan anda mendapat pelbagai penyakit berbahaya!

Untuk mengetahui lebih lanjut bahaya guna semula minyak masak terpakai, adalah lebih baik jika anda memahami konsep ‘Smoke Point’.

Smoke point ialah suhu titik permulaan minyak berpecah menjadi gliserol dan asid lemak, seterusnya menghasilkan asap kebiruan yang boleh menyebabkan mata pedih dan tekak mengalami iritasi. Minyak masak boleh rosak apabila dipanaskan pada suhu yang sangat tinggi melebihi smoke point. Minyak masak yang rosak berasa pahit, hangus dan kandungan nutrisi pula semakin merosot.

Minyak masak yang rosak sangat berbahaya kerana;
  • Mengandungi radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser
  • Menurut kajian, tikus yang diberi makan minyak masak yang rosak mengalamikerosakan hati atau ginjal.


Semakin rendah smoke point, semakin cepat ia rosak. Minyak sayuran seperti zaitun, bunga matahari, jagung, soya dan kanola mempunyai smoke point yang rendah dan mudah rosak apabila dipanaskan pada suhu yang tinggi . Oleh itu, anda tidak disarankan untuk menggunakan minyak sayuran tersebut untuk menggoreng kerana minyak masak mudah rosak dan membahayakan. Gunakan minyak sayuran untuk menyediakan salad atau memasak pada suhu yang rendah.

Semasa minyak masak dipanaskan, smoke point akan mula menurun. Suhu tinggi seperti menggoreng menyebabkan smoke point minyak masak turun dengan mendadak dan sudah tidak selamat digunakan semula kerana smoke point-nya sangat rendah. Jika digunakan semula, minyak masak akan rosak, dan berbahaya kepada kesihatan. Kajian menunjukkan, minyak masak yang diguna semula mengandungi bahan kimia 4-hydroxy-trans-2-nonenal (HNE)yang boleh meningkatkan risiko sakit jantung, strok, Alzheimer (penyakit nyanyuk), hati rosak dan kanser.

Minyak masak juga cepat rosak jika disimpan terlalu lama dan terdedah dengan haba (seperti cahaya matahari). Apatah lagi menyimpan minyak masak terpakai. Anda membahayakan diri dan keluarga!

Tapi, bagaimana pula dengan penggunaan minyak masak semasa menggoreng? Bukankah sangat membazir membuang minyak masak yang banyak itu?

Mujurlah kita di Malaysia, ramai menggunakan minyak kelapa sawit untuk memasak. Menurut kajian seorang jurutera makanan yang berbangsa Jerman, Kurt G. Berger; minyak kelapa sawit boleh digunakan semula kerana mempunyai smoke point yang tinggi. Walaupun ia diguna semula, warna dan rasa minyak tetap tidak berubah. Oleh itu, minyak kelapa sawit sangatsesuai digunakan untuk menggoreng dan digunakan semula.

Berikut adalah tips menggunakan semula minyak masak:
  • Jangan gunakan semula minyak sayuran yang sudah dipakai
  • Tapis minyak masak yang sudah digunakan menggunakan kain untuk memastikan tiada sisa makanan tertinggal. Bakteria boleh hidup di dalam makanan dan merosakkan minyak masak.
  • Elak gunakan minyak masak terpakai untuk menggoreng kerana smoke point minyak masak terpakai sangat rendah. Menggoreng menggunakan minyak terpakai boleh meningkatkan kadar pembentukan toksik HNE. Gunakan untuk menumis atau memasak sup.
  • Matikan api sejurus masakan sudah siap. Haba api boleh merosakkan minyak masak terpakai
  • Jangan guna minyak masak terpakai yang mengeluarkan asap kebiruan yang memedihkan mata, berbuih, bertukar warna menjadi gelap atau mengeluarkan bau seperti ikan busuk apabila dipanaskan. Ia adalah tanda minyak masak sudah rosak.
  • Simpan minyak terpakai dalam bekas gelap dan tidak terdedah dengan haba daripada gas api dan cahaya matahari. Haba boleh merosakkan minyak dengan lebih cepat
  • Sentiasa pastikan minyak masak terpakai anda masih elok. Bau dan lihat warnanya. Jika ia sudah berwarna gelap atau berbau masam, jangan gunakan lagi. BUANG
  • jangan gunakan semula minyak masak banyak kali 

Mungkin anda boleh elak menggunakan minyak masak yang rosak di rumah. Tetapi bagaimana pula dengan minyak masak yang digunakan restoran? Adakah mereka mengambil berat tentang perkara ini? Lihat minyak masak mereka. Sudah hitam entah berapa ratus kali sudah diguna semula. Ew.

ew

Kurangkan memesan makanan bergoreng di restoran. Anda pasti tidak mahu mendapat kanser, hati rosak atau ginjal gagal berfungsi bukan?

Sayangi tubuh badan anda. Ambil berat tentang cara penyediaan makanan!

[Info] Tanda-Tanda Gangguan JIN Dalam Rumah

Tanda-Tanda Gangguan JIN Dalam Rumah – Kadangkala kita tak sedar yang sebenarnya kita diganggu jin 

Berikut merupakan pentanda gangguan jin di rumah.
Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )

Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

Cara Mengusir Jin – ( Tahap Pertama )

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

1) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

“Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun.”

2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :
AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas

Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

3) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.

Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. “Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

[Info] Misteri crop circle dapat diselesaikan?

Pasti ramai yang tak tahu apa itu 'Crop Cirsle' kan? Kerana ini adalah misteri dunia yang sukar untuk iselesaikan misterinya. Sangat menarik kajian yang telah dibuat..
Setelah lebih dari seratus tahun menjadi misteri yang menyenangkan bagi para pemburu fenomena aneh, apakah sekarang misteri crop circle telah mula terungkap sedikit demi sedikit? Jika demikian adanya, apakah kita bersedia untuk mengakui bahawa crop circle hanyalah sebuah seni buatan manusia yang tidak ada kaitannya dengan tambahan terrestrials?
Soal crop circle , komuniti penyelidik dan media terumbang-ambing. Antara mempercayainya sebagai mesej rahsia makhluk berintelejensia tinggi dari peradaban jauh di planet lain ataukah hanya sekadar sebuah karya hebat dari artis yang jarang berlaku yang bekerja diam-diam untuk memuaskan diri. 
Pola-pola indah dan rumit crop circle telah menghiasi ladang-ladang gandum di Inggeris selama puluhan tahun. Para petani yang kesal kerana ladangnya yang rosak oleh crop circle umumnya masih boleh mengutip wang dari para pelancong yang ingin menyaksikan dan merasakan sensasi misteri ini. Namun, sepertinya tarikan pelancong semacam itu telah berakhir. Dan mungkin juga misteri crop circle akan bernasib sama. 
Pada tahun 2013 ini, para penyelidik dan pemerhati crop circle menyedari satu hal yang tidak biasa, iaitu penurunan jumlah kemunculan crop circle yang sangat tajam di Inggeris. Pada pertengahan tahun 2012, paling sedikit muncul 50 pola di ladang-ladang gandum Inggeris. Tahun ini hanya 15. Tetapi bukan itu yang paling mengganggu, melainkan bentuk pola yang sangat sederhana sehingga memunculkan spekulasi bahawa sesiapa yang membuat crop circle indah pada tahun-tahun sebelumnya telah memutuskan untuk bersara. 
Lihat sahaja contoh-contoh crop circle berikut ini:

Corak seperti ini jelas kelihatan seperti dibuat oleh para amatur yang belum mempunyai kemampuan untuk menyamai pola terdahulunya.
Atau bentuk hati yang muncul di bawah ini. Jelas tidak menunjukkan kehebatannya sebagai crop circle kelas dunia. Bandingkan dengan crop circle corak hati yang muncul sebelumnya.
 
Apa yang telah berlaku? Apakah alien dari planet lain telah dihinggapi rasa jenuh untuk menunjukkan karya-karya spektakulernya di ladang-ladang gandum Inggeris. 
W ell, memang iya, para pembuat crop circle itu dihinggapi rasa jenuh, atau malas, untuk meneruskan karyanya. Tapi mereka bukan alien.
Menurut Dailymail yang memetik sumber-sumber dalaman, para seniman rahsia yang sebelumnya rajin membuat crop circle memang telah memutuskan untuk berhenti. Salah satunya adalah Julian Richardson yang telah beralih ke seni Sand Circle.
Julian Richardson
Matthew Williams, seniman lain, memutuskan berhenti selepas mengalami penyakit yang berkaitan dengan tanaman. Mundurnya dua seniman ini telah membuat artis lain malas membuat crop circle yang baru kerana tahap persaingan yang telah menurun jauh.
Matthew Williams 
Kata Williams, "Masalahnya adalah para pembuat crop circle hebat telah bersara atau beralih ke sesuatu yang baru. jadi sudah tidak ada pertandingan lagi. Seniman-seniman tersebut adalah orang-orang yang sangat kreatif, dan tanpa adanya persaingan persahabatan, banyak artis lain menjadi tidak peduli lagi dengan crop circle. " 
Ia meneruskan, "Banyak dari crop circle terbaik yang muncul beberapa tahun kebelakangan ini dibuat hanya oleh segelintir orang dan sekarang mereka telah menggantung papan kayu dan pindah ke ladang yang baru." 
Mengenai Julian Richardson, Matthew berkata, "Ia ingin mencuba sesuatu yang baru dan saya rasa ia muak dengan orang-orang yang berusaha mendapatkan wang dari hobinya - walaupun ia sendiri tidak pernah mendapat apa-apa. Para petani menjadi semakin galak dan para peminat crop circle menuntut semakin banyak dan kami masih tidak mendapat wang sama sekali. " 
Matthew merujuk kepada Monique Klinkenbergh, seorang "ahli" crop circle belanda yang membuat sebuah skim di mana orang-orang yang datang perlu membayar supaya boleh masuk dan berjalan di dalam pola crop circle.  

"Banyak dari rakan artis berhenti membuat crop circle kerana telah dirosakkan oleh orang -orang luar seperti Klinkenbergh yang berusaha mendapatkan wang dari hobi kami. Kami, komuniti pembuat crop circle tidak suka ada orang luar seperti dia yang mengambil alih dan berusaha ikut campur. " 
Soal petani yang semakin galak, Matthew pernah mengalaminya sendiri apabila pada tahun 2006 ia ditangkap polis dan dihukum kerana dianggap merosakkan ladang gandum yang bukan miliknya.
Menurut Matthew, jika keadaan ini berterusan maka tahun depan boleh jadi tidak akan ada lagi crop circle yang muncul. 
Memang sejak dulu para penyelidik crop circle meyakini bahawa sekitar 80 peratus pola yang muncul adalah buatan manusia. Namun tidak ada dokumentasi yang jelas mengenai keaslian masing-masing pola.
Dengan adanya perkembangan terbaru ini, maka misteri crop circle corak rumit memang patut dipersoalkan kembali.

logiknya seperti ini,

1. Seniman crop circle aktif bekerja = Crop circle terus bermunculan.
2. Seniman crop circle bersara = Crop circle tidak muncul.

Ini bermakna,

3. Crop circle pastilah dibuat oleh seniman crop circle (manusia).

Cukup rasional.

Sudah tentu apa yang saya gambarkan melalui 3 titik di atas tidak tepat menggambarkan apa yang sedang berlaku. Soalnya crop circle tidak boleh dibilang hilang sama sekali kerana crop circle dengan pola-pola sederhana masih muncul. Kita tidak tahu ada berapa banyak seniman crop circle yang masih aktif atau mereka yang baru pertama kali cuba membuat crop circle di luar sana sehingga mustahil rasanya untuk boleh benar-benar menyelesaikan misteri ini.

Namun, dengan persaraannya seniman-seniman utama, jelas sekali bahawa kemunculan crop circle (corak rumit) sendiri mengalami penurunan yang sangat signifikan sehingga kesimpulan mata 3 diatas adalah sebuah kemungkinan yang sangat besar.

Bukankah dengan demikian kita boleh mengambil kesimpulan bahawa crop circle corak rumit sesungguhnya boleh jadi hanya merupakan karya tangan para seniman, dalam hal ini manusia biasa?

Bagaimana jika crop circle yang sejati sebenarnya hanya berupa lingkaran-lingkaran bulat biasa seperti yang muncul puluhan tahun yang lampau?

Apakah kita masih akan mengakui keindahan misterinya?

Tapi bukankah menurut para ahli pola rumit semacam itu tidak akan sanggup dibuat oleh seorang hoaxer?

Untuk itu, mari kita melihat crop circle dari sebuah perspektif yang baru, iaitu kemungkinan bahawa misteri ini sebenarnya tidak sehebat yang kita kira. Jika kita melihat kembali ke belakang, kita akan mendapati dua ciri-ciri utama yang membuat crop circle menjadi sebuah misteri yang menarik.  
Ciri-ciri pertama adalah pola yang indah dan rumit yang katanya mustahil boleh dikerjakan dalam waktu satu malam tanpa menarik perhatian.

Ciri-ciri kedua adalah ciri-ciri fizikal dan perubahan (abnormalitas) yang terjadi pada tanaman dan ladang dimana crop circle muncul.

Mari kita melihat satu persatu.

pola rumit yang Mustahil

Hujah yang selalu diajukan adalah , "Mustahil crop circle boleh dibuat oleh manusia kerana polanya terlalu rumit untuk ukuran kemampuan manusia. lagipula, pola semacam itu tidak mungkin dibuat dalam semalam."

Memang benar. Yang mengajukan alasan di atas umumnya adalah: Para penyelidik, penulis, wartawan, peminat misteri, anda yang sedang membaca tulisan ini dan saya sendiri.   

Sudah tentu kita akan menganggapnya sebagai suatu perkara yang mustahil kerana kita tidak pernah bergelut dengan proses pembinaan sebuah crop circle.

Tapi, akan lain jadinya jika kita bertanya kepada para seniman yang telah menghabiskan puluhan tahun hidupnya untuk mempelajari dan menyempurnakan teknik pembuatan crop circle. Corak yang rumit bukan lagi suatu perkara yang mustahil.

Kita juga sering mendengar bahawa manusia masa lampau tidak mempunyai teknologi untuk mengangkat batu yang beratnya bertan- tan atau membuat gambar raksasa semacam garis nazca. Namun pelbagai eksperimen menunjukkan kalau semua itu sangat mungkin dilakukan walaupun hanya dengan peralatan yang sederhana. 
Pengambilan kesimpulan yang salah ini juga terjadi pada pola rumit crop circle.

Mengenai pola geometri yang rumit, Julian Richardson adalah salah seorang yang sangat ahli. Lihat sahaja karya seni sand circle yang dibuatnya. Jika kita melihat contoh lain dari laman Facebooknya , jelas sekali kelihatan bahawa Julian sangat mampu membuat pola-pola indah dan rumit. 

Jika ia mampu membuatnya di atas permukaan pasir, maka pastilah ia juga mampu membuatnya di atas ladang gandum.

Katanya, "Saya sudah terlibat dalam pembuatan crop circle sejak tahun 1990-an. Saya suka dengan geometri, seni dan fenomena paranormal. Apapun yang dituntut oleh para ahli crop circle, para seniman ini memang hanya menggunakan tali, patok dan bilah kayu untuk mencipta seni yang sedemikian indahnya . " 
Kemahiran menggunakan tangan dan peralatan sederhana tersebut kemudian digabungkan dengan komputer yang digunakan untuk menghasilkan pola-pola geometri seperti fraktal. Menurut seorang seniman crop circle lain, semua gabungan ini akan menyebabkan sebuah crop circle corak rumit "Dead easy to make".

Mengenai kepindahannya ke seni sand circle, Julian berkata kalau ia ingin mendapatkan legitimasi dari masyarakat. Ini sepertinya membenarkan ucapan Matthew.

Keahlian Julian dalam membuat crop circle corak rumit juga disahkan oleh penyelidik lain, George Wingfield. Ia adalah penyelidik crop circle yang punya kaitan dengan komuniti pembuat crop circle. Menurutnya pola crop circle angka phi rumit yang muncul di Inggeris tahun 2008 dan yang hanya boleh diselesaikan oleh seorang ahli astrofizik sesungguhnya adalah buah karya seorang seniman yang dikenalinya dibantu oleh Julian. Jadi bukan karya alien walaupun mempunyai pola matematik yang rumit.
Saya pernah menghantar soal crop circle itu disini .

Keahlian Julian bahkan inspirasi circle maker lain yang sering mendedikasikan karya-karya mereka untuknya. Dan mereka memberikan arahan melalui sebuah inskripsi misteri.
Walaupun kelihatan seperti bahasa dari planet lain, inskripsi tersebut sesungguhnya adalah huruf "FOJ" yang merupakan singkatan dari "Friends of Julian".
John Lundberg, seniman crop circle lain, mengaku bahawa ia tertarik membuat crop circle kerana filem Mel Gibson, Signs. Pada tahun 1991, ketika Doug Bower dan Dave Chorley mengaku bahawa mereka telah membuat crop circle, minat masyarakat akan pola-pola aneh ini mulai padam. Lundberg berniat membangkitkannya.
"Kami ingin memunculkannya kembali dengan membuat pola yang sedemikian besar dan kompleksnya sehingga orang-orang akan kembali bertanya: 'apakah mungkin semua ini dibuat oleh manusia?' "
Menurutnya, bulan terbaik untuk membuat crop circle adalah Jun untuk tanaman Barli dan pertengahan Julai untuk Gandum. Pada bulan-bulan itu keadaan tanaman akan membuat mereka kelihatan lebih indah kerana setiap batang tanaman berdiri tegak lurus. Mereka membuat pola-pola tersebut dengan bantuan komputer. Ketika sampai pada pelaksanaan di lapangan, tidak diperlukan lagi teknologi rumit. Hanya pita, tali dan papan.
Ini adalah salah satu contoh bagaimana crop circle dibuat dalam semalam.

Dari kenyataan Lundberg, kita boleh membahagikan era crop circle menjadi dua. Yang pertama adalah era pola sederhana, hanya berbentuk satu lingkaran sederhana. Yang kedua adalah era geometri corak rumit. Jika dilihat dari pengakuan para seniman ini yang disokong dengan bukti menurunnya jumlah crop circle corak rumit apabila mereka bersara, maka kita boleh mengambil kesimpulan bahawa era crop circle corak rumit sesungguhnya bermula oleh para seniman ini. Manusia biasa dan bukan alien.

Abnormalitas Fizikal Tanaman dan ladang Gandum

Baiklah, jika pola yang rumit bukan lagi sebuah kemustahilan, bagaimana dengan ciri-ciri fizikal seperti adanya unsur logam pada tanah atau perubahan kelajuan pertumbuhan tanaman gandum?

Mungkin penyelidik yang paling sering dipetik dalam kaitannya dengan penyelidikan crop circle adalah air Levengood. Ia meneliti 86 sampel crop circle yang muncul antara tahun 1990 hingga 1992. Kajian Levengood kemudian mencari beberapa perubahan (abnormalitas) pada sampel tanaman yang diteliti.

Namun, Levengood dengan jelas memberi amaran bahawa sampel yang diambilnya berasal dari pelbagai tanaman seperti kacang soya, gandum atau jagung. Ia juga menekankan bahawa crop circle yang ditelitinya tidak mempunyai bentuk geometri khusus.

Kenyataan ini penting kerana bermakna ada kemungkinan kalau sampel yang ditelitinya adalah formasi crop circle yang berbentuk sangat umum, seperti bulatan sederhana , dan bukan pola rumit yang baru muncul selepas tahun 1990 apabila para seniman seperti Julian mula beraksi.

Seperti ini misalnya.
Jika crop circle yang sejati adalah crop circle yang berbentuk seperti ini, apakah kalian masih tertarik dengan fenomena ini? 

Sebagai catatan, dari lebih dari 80 formasi yang ditelitinya, tidak semua dijumpai abnormalitas. Misalnya, ia hanya mencari 25 formasi yang batang tanamannya sedikit membesar dan 27 formasi yang mengalami perubahan kelajuan pertumbuhan. 

Dari tapak ini , kalian boleh melihat bahawa abnormalitas yang terobservasi pada sampel tidak menyeluruh dan seragam. Walapun demikian, Levengood menyimpulkan bahawa abnormalitas ini boleh jadi disebabkan oleh plasma vortex yang kemungkinan juga bertanggung jawab terhadap pembentukan crop circle (yang sederhana). Stephen Hawking yang sempat membaca hasil kajian Levengood belakangan juga bersetuju bahawa crop circle boleh dibentuk oleh plasma vortex. Dan ini adalah jawapan yang ILMIAH. 

Dan misteri crop circle pun telah diselesaikan oleh Levengood! 

Jika crop circle yang sejati hanya berbentuk satu lingkaran sederhana seperti di atas, bukankah kadar misterinya telah berkurang jauh? 

Matthew Williams mengakui soal ini di dalam sebuah wawancara . Ketika memulakan kerjayanya sebagai pembuat crop circle, ia menyedari bahawa crop circle yang mempunyai pola rumit sama sekali tidak ada hubungannya dengan alien. 

"Saya berteman dengan banyak kumpulan pembuat crop circle dan menyaksikan sendiri bagaimana crop circle dibuat dalam pelbagai keadaan. Pada waktu itu, saya percaya jika saya boleh bertanya kepada manusia pembuat crop circle, maka saya boleh menentukan crop circle mana yang dibuat oleh manusia dan mana yang dibuat oleh kekuatan yang tidak dikenali. Belakangan, saya mulai yakin bahawa crop circle buatan manusia adalah crop circle yang mempunyai pictogram yang kompleks sehingga meninggalkan hanya crop circle dengan pola yang sangat sederhana yang tidak diketahui asal-usulnya. "

Dari dulu, faktor alam merupakan penjelasan yang paling banyak diajukan oleh para penyelidik. Namun banyak yang menolaknya kerana rasanya mustahil alam boleh membuat crop circle corak geometri phi, burung kelicap atau wajah alien. Tentu saja. Sayapun menolak menerimanya. Namun jika crop circle hanya berbentuk satu lingkaran sederhana seperti yang muncul pada rekod-rekod masa lampau, maka saya yakin banyak diantara kalian akan dapat menerima faktor alam sebagai jawapan atas terbentuknya formasi crop circle. 

Kesimpulan   

Kalau begitu, apakah crop circle tidak mengandungi misteri sama sekali?  

Belum tentu juga. Ini mungkin boleh membuat kalian kembali bersemangat. 

Para seniman crop circle mengakui kalau ada sesuatu yang aneh berkeliaran di Wiltshire. Ketika Julian Richardson dan rakan-rakannya sedang membuat sebuah crop circle mereka pernah melihat sebuah bola cahaya oren aneh melayang di atas ladang.  

John Lundberg juga mengakui hal yang sama. 

"Sebenarnya ini cukup memalukan. Namun saya pernah melihat UFO sementara membuat crop circle di Wiltshire . Penampakan itu merupakan penglihatan UFO klasik berbentuk cerut hitam dengan cahaya terang. Ia muncul di atas ufuk dan perlahan bergerak ke arah kami, tidak mengeluarkan suara sama sekali. Kami tidak tahu sama sekali benda apa itu. Saya juga pernah melihat bola-bola cahaya di tepi ladang yang membuat kami gugup. Tapi kebanyakan yang kami lihat adalah kilatan-kilatan cahaya seakan-akan seseorang sedang menyorotkan senter ke arah mata saya. "

Rod Dickinson, seniman yang lain, bahkan pernah mengambil gambar sebuah objek berbentuk cakera putih pada tahun 1993. 
Pada tahun 1996, Rod kembali mengambil gambar objek misteri di Chibolton.
Dan semua penampakan ini masih merupakan misteri yang belum dapat diselesaikan. Mungkin saja wilayah Wiltshire dan Chibolton memang penuh dengan misteri dan mungkin saja misteri ini akan menjadi misteri yang jauh lebih menarik berbanding fenomena crop circle itu sendiri.