Bahaya Guna Semula Minyak Masak Terpakai

Amin pasti ramai yang tidak tahu apakah keburukan menggunakan minyak masak berulang kali. Sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika diambil ringan masalah ini. Nak tahu apakah bahayanya? 


Amalan menggunakan semula minyak masak terpakai sudah menjadi amalan biasa kerana ia lebih menjimatkan. Tapi tahukah anda, tanpa cara dan tips yang betul, amalan ini boleh menyebabkan anda mendapat pelbagai penyakit berbahaya!

Untuk mengetahui lebih lanjut bahaya guna semula minyak masak terpakai, adalah lebih baik jika anda memahami konsep Smoke Point.

Smoke point ialah suhu titik permulaan minyak berpecah menjadi gliserol dan asid lemak, seterusnya menghasilkan asap kebiruan yang boleh menyebabkan mata pedih dan tekak mengalami iritasi. Minyak masak boleh rosak apabila dipanaskan pada suhu yang sangat tinggi melebihi smoke point. Minyak masak yang rosak berasa pahit, hangus dan kandungan nutrisi pula semakin merosot.

Minyak masak yang rosak sangat berbahaya kerana;
  • Mengandungi radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser
  • Menurut kajian, tikus yang diberi makan minyak masak yang rosak mengalamikerosakan hati atau ginjal.


Semakin rendah smoke point, semakin cepat ia rosak. Minyak sayuran seperti zaitun, bunga matahari, jagung, soya dan kanola mempunyai smoke point yang rendah dan mudah rosak apabila dipanaskan pada suhu yang tinggi . Oleh itu, anda tidak disarankan untuk menggunakan minyak sayuran tersebut untuk menggoreng kerana minyak masak mudah rosak dan membahayakan. Gunakan minyak sayuran untuk menyediakan salad atau memasak pada suhu yang rendah.

Semasa minyak masak dipanaskan, smoke point akan mula menurun. Suhu tinggi seperti menggoreng menyebabkan smoke point minyak masak turun dengan mendadak dan sudah tidak selamat digunakan semula kerana smoke point-nya sangat rendah. Jika digunakan semula, minyak masak akan rosak, dan berbahaya kepada kesihatan. Kajian menunjukkan, minyak masak yang diguna semula mengandungi bahan kimia 4-hydroxy-trans-2-nonenal (HNE)yang boleh meningkatkan risiko sakit jantung, strok, Alzheimer (penyakit nyanyuk), hati rosak dan kanser.

Minyak masak juga cepat rosak jika disimpan terlalu lama dan terdedah dengan haba (seperti cahaya matahari). Apatah lagi menyimpan minyak masak terpakai. Anda membahayakan diri dan keluarga!

Tapi, bagaimana pula dengan penggunaan minyak masak semasa menggoreng? Bukankah sangat membazir membuang minyak masak yang banyak itu?

Mujurlah kita di Malaysia, ramai menggunakan minyak kelapa sawit untuk memasak. Menurut kajian seorang jurutera makanan yang berbangsa Jerman, Kurt G. Berger; minyak kelapa sawit boleh digunakan semula kerana mempunyai smoke point yang tinggi. Walaupun ia diguna semula, warna dan rasa minyak tetap tidak berubah. Oleh itu, minyak kelapa sawit sangatsesuai digunakan untuk menggoreng dan digunakan semula.

Berikut adalah tips menggunakan semula minyak masak:
  • Jangan gunakan semula minyak sayuran yang sudah dipakai
  • Tapis minyak masak yang sudah digunakan menggunakan kain untuk memastikan tiada sisa makanan tertinggal. Bakteria boleh hidup di dalam makanan dan merosakkan minyak masak.
  • Elak gunakan minyak masak terpakai untuk menggoreng kerana smoke point minyak masak terpakai sangat rendah. Menggoreng menggunakan minyak terpakai boleh meningkatkan kadar pembentukan toksik HNE. Gunakan untuk menumis atau memasak sup.
  • Matikan api sejurus masakan sudah siap. Haba api boleh merosakkan minyak masak terpakai
  • Jangan guna minyak masak terpakai yang mengeluarkan asap kebiruan yang memedihkan mata, berbuih, bertukar warna menjadi gelap atau mengeluarkan bau seperti ikan busuk apabila dipanaskan. Ia adalah tanda minyak masak sudah rosak.
  • Simpan minyak terpakai dalam bekas gelap dan tidak terdedah dengan haba daripada gas api dan cahaya matahari. Haba boleh merosakkan minyak dengan lebih cepat
  • Sentiasa pastikan minyak masak terpakai anda masih elok. Bau dan lihat warnanya. Jika ia sudah berwarna gelap atau berbau masam, jangan gunakan lagi. BUANG
  • jangan gunakan semula minyak masak banyak kali 

Mungkin anda boleh elak menggunakan minyak masak yang rosak di rumah. Tetapi bagaimana pula dengan minyak masak yang digunakan restoran? Adakah mereka mengambil berat tentang perkara ini? Lihat minyak masak mereka. Sudah hitam entah berapa ratus kali sudah diguna semula. Ew.

ew

Kurangkan memesan makanan bergoreng di restoran. Anda pasti tidak mahu mendapat kanser, hati rosak atau ginjal gagal berfungsi bukan?

Sayangi tubuh badan anda. Ambil berat tentang cara penyediaan makanan!

0 comments:

Post a Comment