[Info] 13 Tips Perkahwinan Dari Ustaz Azhar Idrus

Saya pasti pasangan-pasangan yang hendak berkahwin pasti mengimpikan perkahwinan yang bahagia dan berkekalan ke akhir hayat mereka. Namun sudah cukupkah tips dan ilmu tentang perkahwinan yang anda tahu untuk memastikan kebahagiaan rumah tangga anda berkekalan? 

1. KETIKA MENCARI CALON
 - Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita. (Kata Mama: bukan semua suami yg baik boleh jadi ayah yg baik kan..)


2. KETIKA MELAMAR
- Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.(Kata Mama: betul..yg tentukan jodoh adalah Dia)


3. KETIKA AKAD NIKAH
- Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.(Kata Mama: saksi yg 4 org tu pun manusia juga..akan pergi tinggalkan dunia..tp bersaksikan Allah, Dia kekal selamanya)


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
- Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.(Kata Mama: kalau diingat2 balik, bila kita nak melalui fasa baru dlm hidup, kita sendiri akan meminta sahabat handai kita "doa-doakan aku yer", betul tak?)


5. KETIKA MALAM PERTAMA
- Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.(Kata Mama: Senyum tak perlu kata apa-apa)


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
- Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri. (Kata Mama: Absolutely!)


7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
- Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya sebaliknya semakin erat berpegang tangan.(Kata Mama: Kesilapan yg selalu berlaku, bila dah emo bercampur lagi dgn ego, tak siapa pun nak merendah hati utk mengalah..maka yg renggang akan semakin jauh..huhuhu)


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
- Cintailah isteri atau suami anda 100% (Kata Mama:sebelum busy fikirkan anak, manfaatkan masa yg ada utk kenal & fahami pasangan kita)


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
- Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.(Kata Mama: Insyaallah..what u give, u get back!)


10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.(Kata Mama: Sikit atau banyak rezeki, kita terima dgn redha, Insyaallah Allah pasti bukakan pintu rezeki yg lebih luas utk kita kan..Redha pasangan kita mencari rezeki yg halal, Insyaallah berkat rezekinya.)


11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
- Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita. (Kata Mama: ini pun kita selalu lupa..)


12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
- Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda. (Kata Mama: makan berjemaah, buat kerja rumah pun kenalah berjemaah juga kan :))


13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
- Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan. (Kata Mama: Kembali kpd fitrah..walau siapa kita di mata masyarakat, di rumah kita kekal sebagai isteri & ibu)

0 comments:

Post a Comment