Inilah 5 Bahasa Yang Paling Sukar Dipelajari Di Dunia | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca. Tak keterlaluan kiranya Dr Fuh katakan pembaca disini semuanya fasih berbahasa Melayu kan? Kalau tak macam mana korang boleh baca blog yang 99% adalah Bahasa Malaysia ni kan? Tadi Dr Fuh ada terbaca satu info berkenaan bahasa yang paling sukar dipelajari di dunia. Dr Fuh pon tak pasti kebenarannya. Mungkin ini berdasarkan kajian oleh pakar-pakar bahasa. Dr Fuh sendiri pon tak pernah belajar bahasa-bahasa ni semua kecuali Bahasa Arab. Jom kita tambah ilmu kita dengan info ni.
Mempelajari bahasa asing memang bukan hal yang mudah. Huruf-huruf yang berbeza serta pelbagai bentuk, kedudukan ketika menulis, susunan kata yang tidak biasa sehinggalah pengucapan kata yang asing di lidah kita.
Menurut kajian, seseorang paling mudah mempelajari bahasa dengan susunan kata dan pengucapan yang mirip dengan bahasa sehari-harinya. Setiap bahasa mempunyai kesukaran yang berbeza dalam mempelajarinya.
Berikut ini merupakan lima bahasa yang paling sukar dipelajari di dunia :
1. China
Huruf China
Bahasa China dianggap sukar dipelajari kerana sangat menekankan pada intonasi. Penekanan intonasi yang berbeza boleh membuat erti kata yang diucapkan sangat berbeza. Tak hanya itu, ribuan huruf China yang sukar dan rumit membuat bahasa yang cukup popular di dunia tersebut makin susah untuk dipelajari.
2. Arab
Arabic
Untuk orang Eropah, bahasa Arab mempunyai persamaan yang sangat sedikit dengan bahasa mereka.Membaca tulisan dalam bahasa Arab juga dianggap agak sukar kerana pengucapan vokal yang agak berbeza dengan bahasa Inggeris. Sama seperti bahasa Cina, huruf-huruf Arab juga menjadi salah satu kesulitan jika ingin cepat mempelajari bahasa ini. Perubahan bentuk huruf dalam kalimat yang berbeza ketika suatu huruf digabungkan juga membuat belajar bahasa Arab lebih mencabar.
3. Jepun
japanese
Bagi bahasa Jepun pula, mempelajari bahasa ini yang mempunyai huruf yang rumit. tulisan dalam bahasa Jepun, seperti sudah diketahui mempunyai ribuan karakter dengan sifat yang berbeza. Selain ribuan karakter, ada tiga cara penulisan dan dua jenis senarai suku kata membuat orang harus mempunyai ingatan yang kuat ketika mempelajari bahasa Jepun.
4. Korea
korea
Struktur kata, pemahaman kalimat, dan konjugasi kata kerja yang berbeza membuat bahasa Korea bukan bahasa yang mudah untuk dipelajari.
5. Hungaria
Bahasa Hungary dianggap sukar dipelajari kerana tidak mempunyai persamaan atau rumpun yang sama dengan bahasa apa-apa pun. Tidak seperti bahasa Melayu (MALAYSIA) yang mempunyai beberapa persamaan dengan bahasa Indonesia, bahasa Hungary tidak mirip dengan bahasa apa-apa pun. Kerana itu seseorang harus bermula dari sifar untuk mempelajarinya.
Kesulitan lain ketika mempelajari bahasa Hungary adalah bahasa ini memiliki sifat kata untuk penyebutan feminin, maskulin, dan neutral gender. Selain itu, 7 konjugasi yang berbeza juga membuat bahasa negara yang terletak di benua Eropah tersebut makin rumit untuk segera difahami.
Bahasa Jiwa Bangsa…
Sumber: Inilah 5 Bahasa Yang Paling Sukar Dipelajari Di Dunia | Fuh.My
0 comments:
Post a Comment