Pasti ramai yang pelik kan? Kenapa anjing bunuh diri di kawasan jambatan ini. INI BUKAN CERITA DONGENG. Perkara ini terjadi di sebuah jambatan di scotland yang mana disaksikan oleh orang ramai juga. Yang peliknya kenapa anjing-anjing ini bunuh diri mereka?
Membunuh diri kebiasaannya dikaitkan dengan manusia. Tetapi ada satu kisah di mana terdapat sebuah jambatan di Scotland dipercayai tempat membunuh diri. Bukanlah tempat untuk manusia, tetapi dikaitkan dengan anjing. Mengapa anjing bunuh diri? Itulah yang menjadi misteri. Ia dikatakan anjing akan membunuh diri dengan melompat hingga jatuh ke bawah dari jambatan tersebut. Ia memang benar-benar menimbulkan persoalan. Boleh tonton video di atas.
Tak hanya manusia, ternyata anjing juga boleh bunuh diri loh. Meski terdengar tahyul, tetapi inilah fakta yang terjadi, di mana anjing-anjing memilih bunuh diri dengan melompat pada sebuah jambatan tertua di Scotland.
Jambatan yang bernama Overtoun Bridge ini terletak di dekat desa Milton di sebelah barat Dunbartonshire. Di sinilah tempat di mana sejumlah anjing melompat bunuh diri di lokasi yang sama. Memang sekilas kelihatan agak mustahil bagi seekor anjing untuk merancang kematiannya sendiri. Namun kejadian yang termasuk aneh ini sudah berlangsung sejak tahun 1950-an, melansir Odditycentral.
Anjing yang bunuh diri di jambatan Overtoun ini hingga sekarang sudah menelan korban sebanyak 600 anjing – dengan rata-rata satu anjing satu bulan. Dan yang lebih misteri lagi adalah banyak dari anjing yang melompat dari jambatan Overtoun melompat dari sisi yang sama dan dari tempat yang sama, iaitu diantara dua parapets akhir di sisi kanan jambatan.
Tak hanya itu, yang lebih menghairankan, hampir semua insiden itu berlaku pada hari-hari yang cerah, dan kebanyakan bunuh diri dilakukan oleh anjing berjenis Collie – anjing berhidung panjang.
Menurut komuniti Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan di Scotland, situasi ini masih menjadi misteri. Banyak para pemilik mencari tahu mengapa anjing kesayangan mereka yang telah meninggal melompat dari jambatan itu.
Namun beberapa orang percaya bahawa jambatan Overtoun berhantu. Pada tahun 1994, seorang lelaki melemparkan anak bayinya dari jambatan dan mendakwa bahawa itu adalah Anti-Kristus. Kemudian, lelaki tersebut berusaha bunuh diri di tempat itu.
Teori lain juga datang dari kepercayaan Celtic yang menyatakan bahawa jambatan Overtoun adalah sempadan ghaib di mana alam nyata dan alam baka bertemu. Beberapa percaya bahawa anjing lebih sensitif terhadap tenaga abnormal dan mungkin anjing-anjing itu dipanggil oleh roh orang-orang yang sudah meninggal
0 comments:
Post a Comment