Showing posts with label Menarik. Show all posts
Showing posts with label Menarik. Show all posts

Kisah Malam Pertama Sepasang Suami Isteri



Kisah Malam Pertama Sepasang Suami Isteri | Di malam yang hening , merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil…malam yang dinanti2kan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi.

Alam bagaikan mengerti , hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.

Satu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka , menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka.

Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini , jika adapun bertemu di hadapan keluargamasing-masing , jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan…tidak pernah mereka berjalan beriringan…tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan , satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin…Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.

Malam semakin larut….Si suami membasahkan tubuhnya…menyucikan diri , aneh?..bisik isterinya..di malam2 begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh?..lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong…agak lama…sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu…Alangkah terkejutnya , suaminya seakin mati..kaku dengan gerakan sujud..dan terdengar esakan kecil…umpama merintih.

Dia tahu!, apa yang dilakukan oleh suaminya..dan dia akur…itulah Cinta suaminya yang sejati…dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu…ataupun dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya…tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu..

Dia menunggu….berteleku di atas taburan bunga mawar diatas katil empuk itu.

Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya…isterinya menunduk malu..

Isteri : Mengapa awak pilih saya?

Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah)

Isteri : Ramai kan yang berniqab

Suami : Kerana Awak ada Agama

Isteri : Ramai kan yang ada Agama

Suami : Kerana Awak adalah Jodoh ketentuan dari Allah S.W.T

isteri kehabisan soalan…dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.

Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak…tetapi saya melihat di rumah awak ..dihadapan ibu bapa awak ..ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak…dan ketika awak membuka niqab…saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.

Isteri : Saya tidak Cantik….

Suami : Baiklah beristerikan perempuan yang berkulit hitam , berbibir tebal…tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik , daripada memiliki isteri yang berkulit mulus , tetapi tiada agama dalam dirinya..tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya.Tetapi adakah perempuan sedar ..mereka yang menampakkan kecantikan yang haram mereka dedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak…Wana’uzubillah..

Isteri : Saya juga ingin cantik…

Suami : Sayang..kecantikan awak takkan kekal…awak akan dimakan usia..tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?

Isteri: Itu yang saya mahukan…

Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari…malah lebih dari itu?

Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?

Suami : Ada Caranya…malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!

Isteri: Yakah..?, tunjukkan caranya!

Suami : Rasulullah pernah berkata “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Isteri : Saya Kurang faham… dimana alat-alat mekapnya?

Suami : Rasulullah pernah berkata ” Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda :

“Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).

Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?

Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu …Awak ada wudukkah?

Isteri : Ada…nanti sekejap..

Suami : Lihat Surah Al-Waqiah , “Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung “. (ayat 35 ) , Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru . Dalam keadan mereka itu muda dan perawan . Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya ” dan kami jadikan mereka itu gadis perawan ” (ayat 36)

Subhanallah

[KANTOI] Remaja 18 Tahun Bongkar Rahsia Apple

Woww! Remaja 18 Tahun Bongkar Rahsia Apple. Seorang remaja 18 tahun menimbulkan kecurigaan, selepas ramalan mengenai pengeluaran produk Apple

Woww! Remaja 18 Tahun Bongkar Rahsia Apple | Seorang remaja 18 tahun menimbulkan kecurigaan, selepas ramalan mengenai pengeluaran produk Apple dalam masa terdekat adalah sahih.
Pelajar Sekolah Tinggi Los Angeles, Mark Gurman(gambar), meramalkan beberapa aplikasi baru bakal diperkenalkan oleh syarikat teknologi gergasi itu di dalam blognya.
Mac lalu, beliau mencatat, Apple mungkin memperkenalkan sistem iOS6 yang terdapat pada peta Google yang boleh diubah sendiri oleh pengguna kepada versi tiga dimensi (3D) dan sistem iCloud bakal diaplikasikan di dalam versi Apple Notes dan aplikasi peringatan.
Pada Mei pula, beliau meramalkan firma Culvertino mungkin memperkenalkan MacBook Pro 15 dengan reka bentuk lebih nipis, lengkap dengan paparan retina serta lebih pantas.
Ramalannya itu terus menjadi kontroversi, apabila dalam tempoh empat minggu remaja itu berjaya meramal tujuh daripada lapan pengumuman yang dibuat Apple ketika Persidangan Pemaju Peranti Dunia di San Francisco yang berlangsung Isnin lalu.
overview gallery perform Woww! Remaja 18 Tahun Bongkar Rahsia Apple
Lapan hari sebelum persidangan itu, beliau meramalkan Apple akan memperkenalkan aplikasi sistem suara yang boleh diaktifkan dengan sistem kawalan yang terdapat pada iPad dan Facebook, manakala dua hari berikutnya, beliau mendakwa Apple akan mengemas kini Mac Pro selepas dua tahun tanpa sebarang perubahan.
Seorang wartawan mendakwa, kesemua ramalan remaja itu sejak Mac lalu adalah tepat, apabila pengumuman yang sama dibuat oleh eksekutif syarikat itu ketika pembentangan kertas kerja pada persidangan tersebut.
“Terbaru Apple sedang berusaha menyiapkan program MacBook Air dan iMacs dengan paparan retina, walaupun program masih dalam pembikinan, namun ramalan mengenai kemunculan aplikasi itu masih dianggap betul,” katanya.

[Menarik] Fenoma Menakjubkan

Di atas dunia pasti ada banyakperkara yang kita tidak pernah jangkakan akan wujud kan? Malahkejadian-kejadian alam yang menarik sebenarnya banyak namun kita masih belum ketahui dan selami rahsia di seblik kejadian alam yang unik dan menakjubkan ini. Oleh itu mari lihatnya disini... 


10. ICE CIRCLES

Lingkaran es fenomena yang sangat jarang sekali terjadi di air yang bersuhu dingin. lingkaran-lingkaran es besar ini dapat ditemui di skandinavia dan Amerika utara.

9. RED TIDES

Sebuah fenomena alam yang terjadi karena berkumpulnya mikroorganisme di pesisir tempat bergabungnya air dari muara, laut atau air sungai dan membuat air menjadi berwarna ungu dan merah.

8. COLUMNAR BASALT

Formasi bebatuan yang terbentuk dikarenakan lava dari letusan gunung yang mendingin. Basalt yang terkenal di dunia terletak di Giant’s Causeway di Irlandia Utara.

7. SUN DOGS

Fenomena dimana matahari terlihat berjumlah 3 buah.

6. MOERAKI BOULDERS

Batu-batu berbentuk bulat yang berada di tepi pantai, terbentuk karena deburan ombak, yang terkenal berada di Pantai Koekohe.

5. PENITENTES

Fenomena alam yang hanya terjadi di tempat antara Chili dan Argentina, yaitu salju di permukaan yang tinggi dan runcing karena tiupan angin yang kuat di pegunungan andes.

4. LIGHT PILLARS

Fenomena visual yang tercipta krn pantulan cahaya.

3. CATATUMBO LIGHTNING

Orang Venezuela menamakan petir misterius itu Relampago del Catatumbo atau petir Catatumbo. Lokasi terjadinya petir ini di mulut sungai Catatumbo di danau maracaribo, Venezuela.
Kilat ini menyambar hebat dengan tinggi 5 km. Terjadi 140 bahkan sampai 160 kali di malam hari dalam 1 tahun. Setiap malamnya terjadi sambaran selama 10 Jam. Tiap jam terjadi sebanyak 280 kali sambaran.
Jadi dalam setahun kurang lebih 448.000 kali sambaran. Petir ini terjadi karena tumbukkan angin kencang yang berasal dari Pegunungan Andes. Konon, petir ini adalah pembentuk lapisan ozon yang paling besar di bumi

2. CAVE OF THE CRYSTALS

Gua yang berisi crystal terletak di situs pertambangan di Chihuahua, Meksiko.

1. PINK AND WHITE TERRACES

Keajaiban alam yang tinggal kenangan karena dihancurkan oleh letusan gunung berapi tarawera pada tahun 1886, Fenomena alam air hangat ini terbentuk dari semburan geyser yang melintas menuruni lereng bukit meninggalkan ketebalan es.
Kolam air hangat terbesar ini tercatat 3 hektar, sebelum kehancuranya fenomena ini masuk kedalam “The Eighth Wonder of the World”.

[Menarik] Cipta rekod, Tanglung bergerak terpanjang

Tanglung bergerak terpanjang cipta rekod Malaysia

Tanglung bergerak terpanjang cipta rekod Malaysia

SABAK BERNAM – Tanglung berkepala ular sepanjang 208 meter mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Record sebagai tanglung terpanjang bergerak yang pernah direkodkan di negara ini.

 Tanglung berkepala ular yang digerakkan set janakuasa menggunakan troli itu diarak sejauh satu kilometer dengan diketuai Ahli Parlimen Sabak Bernam, Mohd Fasiah Mohd Fakeh bersama-sama 3, 000 penduduk pelbagai kaum di sekitar kawasan itu, malam tadi.

 Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysia Book Of Record, Aziz Hamdan berkata, perarakan yang memakan masa sejam itu bermula dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lim Hua mengelilingi pekan Sabak Bernam dan kemudiannya kembali semula ke sekolah tersebut.


 “Perarakan pesta tanglung ini mencipta rekod barunya yang tersendiri apabila mengatasi rekod terpanjang sebelum ini yang pernah direkodkan di sebuah gedung beli-belah,” katanya kepada Sinar Harian.

 Beliau berkata, tanglung berkepala ular yang mempunyai ekor lampu berasaskan teknologi diod pemancar cahaya(LED) itu menjadi tarikan orang ramai ketika diarak di atas jalan raya.

Aziz berkata, pihak penganjur hanya membuat persiapan reka cipta tanglung itu dalam tempoh 21 hari selepas membuat permohonan bagi menjayakan projek itu lima minggu lalu.

 Menurut Aziz, tanglung bernilai RM15, 000 itu diperbuat daripada besi, kotak, kertas lut sinar selain dibalut menggunakan kain, dikukir dengan tulisan tangan dan menggunakan lampu LED.

 Sementara itu, Mohd Fasiah berkata, pesta tanglung itu mencipta satu lipatan sejarah paling bermakna di Sabak Bernam hasil daripada komitmen semua pihak dalam menjayakan perarakan tersebut.

Beliau berkata, selain mencipta sejarah, pesta itu juga mempunyai signifikannya dalam usaha menyemai perpaduan antara kaum apabila ia turut dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat Melayu, Cina dan India.

 “Ini menunjukkan rakyat di Sabak Bernam bersatu dengan membawa harapan dan sinar baru bagi mengukuhkan lagi perpaduan yang lebih erat masyarakat berbilang kaum, selain memastikan satu rekod baru dapat dicipta,” katanya.

 Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada penganjur yang terdiri daripada Persatuan Anak Kelahiran Tahun Ular Sabak Bernam dan Lembaga Pengurus, PIBG dan Persatuan Alumni SJKC Lum Hua Sabak Bernam atas penganjuran tersebut.

 “Usaha yang digerakan seperti ini mencapai objektifnya dan saya kagum atas kesungguhan dan komitmen persatuan ini dalam menjayakan penganjuran tersebut,” katanya.

Subhanallah!! Unik Batu Upal Etopia

Sejak akhir-akhir ini, banyak kejadian unik dan pelik malah bencana alam yang berlaku di dunia ini.. Kejadian-kejadian ini sangat membuka mata admin bahawa sesungguhnya kekuasaan Allah S.W.T tiada tandingannya.. Seperti ciptaan unik ini, batu yang kecil mempunyai keindahan seperti di dalam lautan.. Ingin mengetahui dan lihat lebih lanjut? 

Ini merupakan gambar batu Upal Etopia yang seakan-akan mempunyai lautan di dalamnya. Batu ini telah digali 10 tahun lepas dan telah dipolish.



[Fuyyo] Jaguar VS Buaya.. Siapa Menang?

Wahh... mesti ramai yang tertanya-tanya siapa yang akan menang battle dua haiwan buas ini.. Seekor berkulit lembut, seekor lagi berkulit tebal dan keras.. Tapi siapa sangka pengakhirannya sadis begini.. Ikuti lebih gambar yang admin kongsikan disini utk mengikuti akhir perlawanan mereka ini..