Panas!! Sangat Panas... Isu Negara yang sampai melibatkan porno.. menakutkan.. Pergaduhan yang boleh merosakkan hubungan antara negara ini sangat membimbangkan kerana mampu mencetus perang.. Apa kes sebenarnya ney? Jom lihat dan baca selanjutnya DISINI....
Jakarta: Menteri Luar Indonesia Marty Natalegawa enggan melayan tuduhan atau mengulas penghinaan dilempar anggota Parti Liberal Australia, Mark Textor terhadapnya ketika ditemui media semalam.
Jurucakap Kementerian Luar Indonesia berkata, kerajaan tidak bercadang memberi sebarang reaksi terhadap kenyataan ahli politik tidak bertanggungjawab seperti Textor.
“Kementerian tidak akan menghantar surat bantahan terhadap penghinaan berkenaan.
“Saya juga tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu itu,” katanya. Sebelum ini akhbar Sydney Morning Herald melaporkan Textor menyifatkan Marty mirip seorang bintang filem lucah tahun 1970-an. Kenyataan itu dibuat Textor melalui akaun Twitter miliknya.
Sementara itu Textor berkata, dia tidak tahu siapa yang dirujuknya ketika mengatakan Australia tidak perlu meminta maaf kepada individu yang mirip bintang porno Filipina 1970-an itu. Dalam tweetnya semalam Textor turut memohon maaf kepada Marty.
Tweet asal daripada salah seorang penasihat paling kanan Tony Abbot yang menyusuli beberapa kenyataan berbaur perkauman mengenai tokoh kerajaan Indonesia sebelum ini menjadi tajuk utama akhbar terkemuka di Indonesia iaitu Kompas. Namun, ketika wartawan ABC mewawancara Textor di di Canberra, ahli politik itu berkata, dia tidak dapat mengelak apabila orang ramai merujuk komennya itu kepada Marty. - Agensi
0 comments:
Post a Comment