Assalamualikum... Seluruh umat islam sangat dituntut untuk menuntut ilmu agar lebih mengenali tentang islam itu sendiri.. Jika kita memahami tentang adanya Allah yang memiliki segala di alam semesta ini dan memahami diri kita sebagai hambaNya kita perlu dan akan patuh setiap perintah yang perlu kita laksanakan sebagai umat Islam. Sebenarnya banyak tentang islam yang masih kita belum ketahui malah kita sebagai umat Nabi Muhammad perlu sentiasa mempelajari berdasarkan Al-Quran dan Sunah supaya tidak terus sesat.
Islam (Arab: al-Islam, الإسلام : "berserah diri kepada Tuhan ")adalah agama yang mengimani satu Tuhan, iaitu Allah. Dengan lebih dari satu seperempat bilion orang pengikut di seluruh dunia, menjadikan Islam sebagai agama terbesar kedua di dunia setelah agama Kristian. Islam mempunyai arti "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Tuhan (Arab: الله , Allāh).Pengikut ajaran Islam dikenal dengan sebutan Muslim yang berarti "seorang yang tunduk kepada Tuhan", atau lebih lengkapnya adalah Muslimin bagi laki-laki dan Muslimat bagi perempuan. Islam mengajar bahawa Allah menurunkan firman-Nya kepada manusia melalui para nabi dan rasul utusan-Nya, dan meyakini dengan sungguh-sungguh bahawa Muhammad adalah nabi dan rasul terakhir yang diutus ke dunia oleh Allah.
Agama Islam bukan hanya agama rasional tapi juga agama unik sehingga banyak menarik perhatian pemeluk agama lain. Berikut ini beberapa fakta sejarah dan fakta ilmiahnya:
1. Nama "Muhammad" adalah nama yang paling popular di seluruh dunia (walaupun salah mahomed .. mohammed .. dll) dan menduduki tempat nombor dua di negara Inggeris untuk nama bayi laki-laki (urutan pertama ditempati oleh nama 'Jack')
2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
3. Kata-kata berikut ini diserap dari bahasa Arab: Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan 'Alcohol' juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai arti bubuk
4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur'an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata "Lelaki" dan "Wanita" di dalam Al-Qur'an sama-sama berjumlah 24
5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah
6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, diperkirakan akan menjadi agama nombor 1 pada tahun 2030
7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama 'Shiva Lingam'
8. Nabi Muhammad SAW melaksanakan ibadah haji hanya 1 kali dalam hidupnya
9. Jikalau sekarang Al-Qur'an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur'an akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Huffaz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur'an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat .
10. Nama original dari bandar suci Madinah adalah "Yasthrib"
11. pemeluk Islam bertambah 2.9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.
12. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Daripada 1.4 juta askar di tentera Amerika, dianggarkan ada kira-kira 3,700 yang beragama Islam (Muslim).
13. islam menyebar ke bumi nusantara ketika Nabi Muhammad masih hidup
14. Sebanyak 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11
15. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi
16. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, Baru ditemui
oleh ahli arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. selepas 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir
17. Al-Quran adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz / penghafal Al Qur'an) sehingga keaslian / kesuciannya selalu terjaga.
18. Jika agama lain boleh punya lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeza satu dengan yang lain, maka Al Qur'an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya:
19. Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berkesudahan), sinaran tersebut menembusi planet mars dan masih berterusan. penyelidik mempercayai bahawa radiasi ini mempunyai ciri-ciri dan menghubungkan antara Kaabah di di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
20. Kajian lain mendedahkan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air.
21. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.
22. IBRAHIM adalah "Bapak" dari tiga agama besar, yakni "Judaisme", "Nasrani", dan "Islam".
23. Malaikat tidak terhitung jumlahnya dan hanya Allah yang mengetahuinya.
24. Islam, bererti "penyerahan" atau "menyerah" kepada satu Tuhan, Allah. "Islam" juga berasal dari kata "salam", "perdamaian" dan yang kedua dalam arti "berserah diri". demikian, arti dari "Islam" adalah "kedamaian yang sempurna yang datang bila kita hidup berserah diri kepada Allah".
25. Rasulullah pernah membelah bulan menjadi 2 bahagian, dengan hanya menunjuk bulan dengan jarinya. diabadikan Allah dalam al-Qur'an surah Al-Qamar ayat 1: "Sungguh telah dekat hari qiamat, dan bulan pun telah terbelah."
26. sebelum Nabi Ibrahim menginjakkan kakinya ke tanah Makkah sudah ada bangunan Kaabah yang telah dibina oleh malaikat dan generasi
sebelum Nabi Ibrahim as. Hal itu dapat difahami dari kata "Yarfa'u" meninggikan bererti meninggikan bangunan yang sudah ada.
27. Aliran sesat di Indonesia dalam tempoh masa selama 6 tahun saja (2001 - 2006) telah mencapai angka 250 aliran.
28. Rasulullah menyebutkan ada 73 golongan dalam islam, dan hanya 1 yang akan masuk jannah yaitu "Al Jama'ah".
29. Nabi Muhammad tidak boleh membaca dan tidak boleh menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat cerdas.
30. kata2 terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah "Ummatii ... ummatii ... ummatii" yang mengungkapkan betapa besar cintanya kepada umatnya.
31. Selama 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, perang uhud
32. Musa AS adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur'an, sedangkan Maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur'an.
33. Al-Qur'an adalah buku terlaris di benua Eropah.
34. Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim, Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.
35. Imam Ali bin Abi Talib adalah satu-satunya orang yang pernah lahir di dalam Kaabah.
36. Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.
37. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (perubatan), Ar Razi (perubatan), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.
38. Hijir Ismail ini dahulu merupakan tempat tinggal Nabi Ismail, di situlah Nabi Ismail tinggal semasa hidupnya dan kemudian menjadi kuburan beliau dan juga ibunya.
39. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu pijakan pada saat Nabi Ibrahim membina Kaabah.
40. pasukan Salib datang ke Timur ketika Khalifah Bani Abbas berada dalam masa kemunduran. Tak diduga, banyak anggota pasukan Salib tertarik kepada Islam dan kemudian menggabungkan diri dengan pasukan Salib lain. Thomas Arnold, dalam Al Da'wah ila Al Islam, menyebutkan bahawa mereka masuk Islam setelah melihat kepahlawanan Salahuddin sebagai cerminan ajaran Islam.
0 comments:
Post a Comment