[Misteri] Panas!! Rangka Raksasa laut ditemui di China??

Wahh... Banyak betul perkara pelik yang berlaku di China. Lepas satu, ada lagi satu peristiwa malah kejadian pelik yang berlaku.. Pernah kah anda dengar tentang penemuan Raksasa Laut yang di temui di China ini?? Jika belum jom baca Disini...
Di China, para nelayan mencari kerangka raksasa yang menyerupai seekor naga. Media menyebutnya "Monster Laut". Benarkah itu?

Ini berita minggu ini yang cukup menarik. Di wilayah Shandong, China, sekumpulan nelayan mencari sebuah kerangka yang cukup besar.Panjangnya kira-kira 3.5 meter. Total ruas tulang yang dimiliki berjumlah 153 buah.
 
Rangka itu ditemui oleh nelayan di Qingdao tarikh 28 Mac 2013.Kerana bentuknya yang menyerupai seekor ular, atau dalam hal ini naga, maka para penduduk tempatan berkumpul untuk menyaksikan penemuan itu. Bahkan stesen televisyen tempatan akan menghantar reporter untuk membuat liputan. 

Sebahagian orang percaya kalau kerangka ini adalah sebuah penipuan kerana warna dan keadaan kerangka ini. Tidak dijelaskan mengapa warna dan keadaan kerangka ini menjadi dasar untuk menyebutnya sebagai hoax. 

Beberapa orang lagi percaya kalau kerangka ini adalah rangka mamalia darat atau haiwan lain seperti ular. Sebahagian lagi menyatakan kalau rangka itu adalah rangka yu, terutama jenis frilled shark yang memang sangat sesuai dengan bentuk kerangka tersebut. 

Benarkah demikian? Bolehkah kita mengenalpasti kerangka raksasa laut yang satu ini? 

Untuk awalnya, ini foto frilled shark.
Kalian boleh melihat persamaannya dengan kerangka tersebut. Badan panjang seperti ular dan kepala pipih, persis seperti kerangka tersebut. Namun malangnya, kita tidak punya contoh kerangka frilled shark sehingga kita tidak boleh membandingkannya. 

Namun, saya rasa kita tidak perlu putus asa kerana kerangka tersebut kemungkinan memang bukan milik seekor frilled shark. 

Mengapa?

Begini, anggaplah kerangka itu bukan satu penipuan dan memang rangka seekor monster laut. Ketika melihatnya, bolehkah kalian melihat apa yang kurang pada kerangka tersebut? Maksud saya, apa yang seharusnya ada, namun tidak ada? 

Setiap makhluk bersaiz besar mempunyai mulut. Bahkan walaupun makhluk cryptozoology sekalipun. Nah, pertanyaannya adalah: mana tulang rahang makhluk tersebut?  

Tulang rahang itu tidak ada.
Apa maksud saya dengan semua ini? Maksud saya adalah, kerangka tersebut  tidak lengkap kerana tidak ada tulang rahang di kepalanya.
Dan jika kerangka tersebut tidak lengkap, kita tidak boleh berusaha mengidentifikasinya hanya dengan melihat bentuknya yang sekarang. Jadi kita tidak perlu mencari makhluk yang kelihatan serupa dengan kerangka tersebut (Seperti frilled shark atau ular).

Yang harus kita lakukan adalah membina semula kerangka tersebut dan berusaha meneka jenis makhluknya. Sama seperti seorang paleontologi yang cuba untuk membina semula bentuk tubuh seekor dinosaur dari kerangka yang tidak lengkap.

Lalu dari mana kita mula? Kita akan mulai dari yang paling sederhana.

Jika kita diminta untuk menamakan makhluk-makhluk laut yang berukuran besar, apa yang akan muncul di fikirkan kita?
Saya memikirkan dua, iaitu Paus dan Yu.

Kerana panjang kerangka tersebut hanya 3.5 meter, maka kita akan mulai dari Yu.

Mungkin diantara kalian masih ada yang merasa aneh dan berfikir seperti ini: "Tunggu, untuk apa susah-susah menyemak rangka ikan yu. Jelas kerangka itu tidak serupa rangka seekor ikan! "

Saya boleh faham. Soalnya kebanyakan orang, ketika membayangkan kerangka ikan, mereka akan memikirkan ini:
Padahal, kerangka Yu itu sebenarnya seperti ini:
Jika kita melihat kerangka yu di atas, kita boleh melihat kalau tulang badan yu tersebut memang panjang menyerupai tulang seekor ular.Jadi, untuk tulang badan, kita mendapatkan kesamaan. 

Bukan itu saja, untuk ekor pun kita mempunyai kesamaan.
Lalu bagaimana dengan kepalanya? Seperti yang saya katakan di atas, tengkorak makhluk ini tidak lengkap kerana tidak ada tulang rahang. 

Jadi, mari kita bandingkan dengan contoh tengkorak yu berikut ini, lengkap dengan tulang rahang.

Kelihatan jelas kalau tengkorak yang ditemui nelayan tersebut mempunyai persamaan dengan bahagian atas tengkorak Yu yang disebut Chondrocranium . Lihat bahagian yang saya tandakan dengan garis kuning.
Untuk lebih menguatkannya, berikut adalah gambar chondrocranium dari jerung putih yang dibuat oleh Parker (1887) yang dibandingkan dengan kepala "monster" kita.

Mirip sekali. 
Jadi kita boleh menyimpulkan kalau kerangka "raksasa laut" tersebut sesungguhnya adalah seekor Yu, kemungkinan seekor jerung putih seperti lakaran di atas. 

Dengan demikian bukti yang didapati sudah cukup kuat dan kita tidak perlu lagi menghabiskan masa untuk meneliti rangka paus.

Salah faham seperti ini biasa terjadi jika tidak memahami anatomi makhluk hidup. Kes sama juga pernah berlaku beberapa kali ketika sebahagian orang mengira mencari rangka seekor seekor naga berkaki enam atau Gajah Mina yang sebenarnya hanyalah rangka seekor Paus.
Namun terima Kasih untuk internet, kita tidak perlu mempelajari satu set ensiklopedia untuk menyelesaikan kes ini.

0 comments:

Post a Comment