[Info] Planet Nibiru penyebab Kiamat??

Betulkah apa yang diramalkan ahli saintis ini? Dan adakah perkara dijelaskan mengikut pandangan Islam? 
Bahagian luar Tata Surya masih mempunyai banyak planet-planet minor yang belum ditemui. Sejak pencarian untuk Planet X bermula pada awal abad ke 20, kemungkinan akan adanya planet andaian yang mengorbit Matahari sebalik Lingkaran Kuiper telah membakar teori-teori Kiamat dan spekulasi bahawa Planet X sebenarnya merupakan saudara Matahari kita yang telah lama "hilang".
Tetapi mengapa cemas duluan akan Planet X / Teori Kiamat ini? Planet X tidak lain hanya merupakan objek hipotesis yang tidak diketahui?
Teori-teori ini didorong pula dengan adanya ramalan suku Maya akan kiamat dunia pada tahun 2012 (Mayan Prophecy) dan cerita mistik Bangsa Sumeria tentang Planet Nibiru, dan akhirnya kini memanas sebagai "ramalan kiamat" 21 Desember 2012. Namun, bukti-bukti astronomis yang digunakan untuk teori-teori ini benar-benar melenceng.
Pada 18 Jun semalam, penyelidik-penyelidik Jepun mengumumkan berita bahawa pencarian teori mereka untuk sebuah massa besar di luar Tata Surya kita telah membuahkan hasil. Dari perhitungan mereka, mungkin saja terdapat sebuah planet yang sedikit lebih besar daripada sebuah objek Plutoid atau planet kerdil, tetapi tentu lebih kecil dari Bumi, yang mengorbit Matahari dengan jarak lebih dari 100 SA. Tetapi sebelum kita terhanyut pada penemuan ini, planet ini bukan Nibiru, dan bukan pula bukti akan berakhirnya dunia ini pada 2012. Penemuan ini penemuan baru dan merupakan perkembangan yang sangat menarik dalam pencarian planet-planet minor sebalik Lingkaran Kuiper.
Dalam simulasi teori, dua orang penyelidik Jepun telah membuat kesimpulan bahawa bahagian paling luar dari Tata Surya kita mungkin mengandungi planet yang belum ditemui. Patryk Lykawa dan Tadashi Mukai dari Universiti Kobe telah menerbitkan paper mereka dalam Astrophysical Journal yang menjelaskan tentang planet minor yang mereka yakini berinteraksi dengan Lingkaran Kuiper yang misteri itu.
Kuiper Belt Objects (KBOs)
Lingkaran Kuiper menduduki wilayah yang sangat luas di Tata Surya kita, kira-kira 30-50 SA dari Matahari, dan mengandung sejumlah besar objek-objek batuan dan metalik. Objek terbesar yang diketahui adalah planet kerdil (Plutoid) Eris. Telah lama diketahui bahawa Lingkaran Kuiper mempunyai ciri-ciri yang aneh, yang mungkin menandakan kewujudan sebuah benda (planet) besar yang mengorbit Matahari sebalik Lingkaran Kuiper. Salah satu karakterikstik tersebut adalah yang disebut dengan "Kuiper Cliff" atau Jurang Kuiper yang terdapat pada jarak 50 SA. Ini merupakan akhir dari Lingkaran Kuiper yang tiba-tiba, dan sangat sedikit objek Lingkaran Kuiper yang telah diperhatikan di sebalik titik ini. Jurang ini tidak dapat dihubungkan terhadap resonansi orbital dengan planet-planet masif seperti Neptunus, dan seolah-olah tidak terjadi kesalahan (error) pengamatan. Banyak ahli astronomi percaya bahawa akhir yang tiba-tiba dalam populasi Lingkaran Kuiper tersebut boleh disebabkan oleh planet yang belum ditemui, yang mungkin sebesar Bumi. Objek inilah yang diyakini Lykawka dan Mukai telah mereka perhitungkan keberadaannya.
Planet-planet dalam susunan suria
Penyelidik Jepun ini meramalkan sebuah objek besar, yang massanya 30-70% massa Bumi, mengorbit Matahari pada jarak 100-200 SA. Objek ini mungkin juga boleh membantu menjelaskan mengapa sebahagian objek Lingkaran Kuiper dan objek Trans-Neptunian (TNO) mempunyai beberapa ciri-ciri orbit yang aneh, contohnya Sedna.
Sejak penemuan Pluto pada tahun 1930, para astronomi telah mencari objek lain yang lebih besar-besaran, yang dapat menjelaskan gangguan orbit yang diperhatikan pada orbit Neptun dan Uranus. Carian ini dikenali sebagai "Carian Planet X", yang diertikan secara harfiah sebagai "pencarian planet yang belum dikenal pasti". Pada tahun 1980an gangguan orbital ini dianggap sebagai kesalahan (error) pengamatan. Oleh kerana itu, pencarian ilmiah akan Planet X dewasa ini adalah pencarian untuk objek Lingkaran Kuiper yang besar atau pencarian planet minor. Walaupun Planet X mungkin tidak akan sebesar massa Bumi, para penyelidik masih akan tetap berminat untuk mencari objek-objek Kuiper lain, yang mungkin seukuran Plutoid, mungkin juga sedikit lebih besar, tetapi tidak terlalu besar.
"The interesting thing for me is the suggestion of the kinds of very interesting objects that may yet await discovery in the outer solar system. We are still scratching the edges of that region of the solar system, and I expect many surprises await us with the future deeper surveys. "- Mark Sykes, Pengarah Planetary Science Institute (PSI) di Arizona.
Planet X tidaklah menakutkan
Jadi dari mana Nibiru ini berasal? Pada tahun 1976 sebuah buku kontroversi bertajuk "The Twelfth Planet" atau "Planet Keduabelas" ditulis oleh Zecharian Sitchin. Sitchin telah menterjemahkan tulisan-tulisan kuno Sumeria yang berbentuk baji (bentuk tulisan yang diketahui paling kuno). Tulisan berumur 6000 tahun ini mendedahkan bahawa bangsa alien yang dikenali sebagai Anunnaki dari Planet yang disebut Nibiru, mendarat di Bumi. Ringkas cerita, Anunnaki mengubah suai gen primat di Bumi untuk mewujudkan homo sapien sebagai budak mereka.
Illustrasi Terjadinya Impact
Ketika Anunnaki meninggalkan Bumi, mereka membiarkan kita memerintah Bumi ini hingga saatnya mereka kembali nanti. Semua ini mungkin kelihatan sedikit hebat, dan mungkin juga sedikit terlalu terperinci jika mengingat semua ini merupakan terjemahan harfiah dari tulisan kuno berumur 6000 tahun.Pekerjaan Sitchin ini telah diabaikan oleh komuniti saintifik sebagaimana kaedah tafsiran dianggap imaginatif. Walaupun demikian, banyak juga yang mendengar Sitchin, dan meyakini bahawa Nibiru (dengan orbitnya yang sangat eksentrik dalam mengelilingi Matahari) akan kembali, mungkin pada tahun 2012 untuk menyebabkan semua kehancuran dan terror-keganasan di Bumi ini. Dari "penemuan" astronomis yang meragukan inilah hipotesa Kiamat 2012 Planet X didasarkan. Lalu, bagaimanakah Planet X dianggap sebagai perwujudan dari Nibiru?
Kemudian terdapat juga "penemuan katai coklat di luar Tata Surya kita" dari IRAS pada tahun 1984 dan "pengumuman NASA akan planet bermassa 4-8 massa Bumi yang sedang menuju Bumi" pada tahun 1933. Para penyokong hipotesis kiamat ini bergantung pada penemuan astronomi ini sebagai bukti bahawa Nibiru sebenarnya adalah Planet X yang telah lama dicari para astronom selama abad ini. Tidak hanya itu, dengan memanipulasi fakta-fakta tentang kajian-kajian saintifik, mereka "membuktikan" bahawa Nibiru sedang menuju kita (Bumi), dan pada tahun 2012, benda besar-besaran ini akan memasuki bahagian dalam Tata Surya kita, menyebabkan gangguan graviti.
Dalam pendefinisian yang paling murni, Planet X adalah planet yang belum diketahui, yang mungkin secara teori mengorbit Matahari jauh di balik Lingkaran Kuiper. Jika penemuan beberapa hari lalu memang akhirnya mengarah pada pengamatan sebuah planet atau Plutoid, maka hal ini akan menjadi penemuan luar biasa yang membantu kita memahami evolusi dan ciri-ciri misteri bahagian luar Tata Surya kita.

0 comments:

Post a Comment