[Misteri] Struktur aneh seperti jaring serangga berbentuk pagar kelihatan di Hutan Amazon

Hutan Amazon menyimpan pelbagai misteri. Dari kisah mengenai ular raksasa hingga suku-suku misteri yang berdiam di dalamnya. Kali ini, sebuah misteri lain muncul dalam saiz yang lebih kecil, iaitu sebuah struktur seperti jaring yang unik, dan para saintis belum boleh mengidentifikasinya.
Struktur ini kelihatan seperti sebuah menara yang dikelilingi oleh pagar pekeliling. Jika kita melihatnya lebih dekat, kelihatan serat-serat tipis yang menunjukkan kemungkinan bahawa struktur ini adalah sejenis sarang serangga atau cendawan. Namun bentuknya yang unik telah membuat para saintis kebingungan. 

Apa kegunaannya? dan yang terpenting adalah makhluk apa yang membuatnya?
Struktur aneh ini pertama kali dilihat oleh Troy Alexander pada tarikh 7 Jun. Ia adalah seorang mahasiswa di Georgia Tech. Pertama kali ia melihatnya adalah di permukaan dinding khemah dekat Tambopata Research Center di timur lautPeru .
Tidak lama selepas itu, ia mencari lagi tiga objek sama di permukaan batang pokok di dalam hutan. Struktur misteri itu bersaiz kecil, hanya berdiameter 2 cm.   
Ketika Troy menghantar foto itu pada laman reddit, tidak ada yang boleh mengenalinya. 
Phil Torres, seorang ahli biologi yang juga bekerja di Tambopata kemudian menghantar link foto itu di twitternya dan dengan segera menjadi viral. Namun, masih saja tidak ada yang boleh mengenalinya.
"Saya tidak tahu apa yang membuatnya atau benda apakah itu," Kata William Eberhard, seorang ahli serangga yang bekerja pada Smithsonian Tropical Research Institute. 
"Saya sudah melihat fotonya dan masih tidak tahu haiwan apa yang membuatnya," Kata Norm Platnick, seorang ahli labah-labah di American Museum of Natural History.
"Saya tidak pernah melihat struktur semacam itu sebelumnya," Kata Jonathan Coddington yang mempelajari labah-labah dan juga menjabat sebagai associate director di National Museum of Natural History. 
Ahli serangga Gwen Pearson mengatakan bahawa konsensus dari rakan-rakan ahli serangga lain menunjukkan bahawa struktur itu mungkin dibuat oleh rama-rama dari family Bucculatricidae.
Sarang ngengat Bucculatricidae
Memang kelihatan ada sedikit persamaan dengan sarang misteri kita.Sayangnya tidak terlihat adanya menara unik di tengahnya. 

Gwen juga tidak menutup kemungkinan bahawa serangga yang bertanggungjawab adalah rama-rama dari family Urodidae yang biasa membuat kepompong berbentuk keranjang.
"Tapi kami semua hanya boleh meneka. Kami tidak punya manual sedikitpun dan itulah pendapat saya sebagai seorang ahli," katanya. 

Walaupun sarang ngengat Urodidae boleh dikategorikan sebagai sebuah maha karya, namun bentuknya jelas berbeza dari pagar misteri kita.
Sarang ngengat Urodidae
Todd Gilligan dari Colorado State University yang juga presiden dari komuniti Lepidopterist (ahli kupu-kupu dan rama-rama) berkata, "Beberapa jenis rama-rama membuat pagar untuk melindungi telur mereka dengan menggunakan bahan dari perut. Jadi membina pagar di sekeliling sebuah objek bukanlah sesuatu yang asing. namun saya belum pernah melihat yang semacam ini sebelumnya. "
Mungkin itu adalah sarang labah-labah dari planet Marikh, " Kata pengulas lain sambil bergurau. 
Kerana sifatnya yang misteri ini, ada kemungkinan kalau struktur ini dibuat oleh jenis serangga yang belum dikenal sebelumnya. Jika demikian adanya, tidak terlalu mengejutkan mengingat betapa kayanya variasi penghuni hutan Amazon.  

Mungkin yang terasa agak aneh bagi saya adalah kenyataan bahawa struktur semacam ini baru kelihatan pada tahun ini walaupun hutan Amazon telah sering diterokai.

0 comments:

Post a Comment