[Semasa] Pemandu van rogol penumpang

Semakin tidak selamat dan menakutkan dunia kita sekarang ni.. Jenayah berlaku dimana-mana dan setiap hari.. Manusia lakukan kejahatan seolah-olah mereka tidak akan pernah mati.. Jenayah dilakaukan seperti negara tiada undang-undang. Admi sendiri rasa takut tiap kali nak kuar rumah macam ni.

Jakarta: Polis Sukmajaya semalam menangkap seorang pemilik syarikat pengangkutan kota dan tiga pekerjanya yang disyaki merogol dua penumpang di Depok.
Ketua Polis Sukmajaya, Agus Widodo berkata kes itu terdedah selepas orang awam mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila rumah pemilik syarikat pengangkutan itu sering menjadi tumpuan petugasnya. Kata Agus, saksi mendapati rumah suspek pertama sering dikunjungi lelaki bersama wanita yang tidak dikenali. “Berdasarkan maklumat kami menjalankan pemeriksaan dan menemui dua gadis di rumah lelaki terbabit,” katanya.

Polis mendapati gadis itu ditahan untuk dijadikan pemuas nafsu lelaki berusia 55 tahun itu serta anak buahnya. Kata Agus, tiga suspek lain berusia 23, 18 dan 20 tahun. - Agensi

0 comments:

Post a Comment